Ahad, 4 Februari 2018

Mushaf

Bismillah..


Hampir semua tips mudah menghafal akan menekankan perkara yang satu ini:
- tetap dengan satu mushaf jangan bertukar-tukar
- punya mushaf fizikal, jangan terlalu bergantung dengan eQuran
- punya mushaf peribadi sendiri JANGAN berkongsi

Menghafal Quran melihat kepada mushaf adalah sangat efektif kerana cara ini lebih mudah dan mengesankan, dan mudah dirujuk apabila ada hafalan yang lupa.

Metode menghafal dengan melihat mushaf menuntut pemfokusan pada satu jenis mushaf, TIDAK BOLEH berganti-ganti mushaf kerana akan menimbulkan kekeliruan dan kekacauan pada gambar yang telah terakam di otak kerana posisi ayat dan corak permukaan pada lembaran tidak sama di setiap mushaf.

Seorang penghafal Quran harus menggunakan mushaf milik sendiri dan tidak berganti-ganti untuk melatih tanggungjawab. Perlakukan mushaf dengan sebaiknya kerana mushaf itu umpama hatinya sendiri, menyimpan mushaf di tempat kotor atau sembarangan sehingga terlupa, hilang atau tercicir, memberikan rasa tidak betah untuk ayat-ayat Quran tersimpan lama di dalam hati. Selain itu, khatam Quran dengan satu mushaf membuat berkahnya kian terasa.

Walaupun sebahagian ulama berpendapat boleh memegang mushaf tanpa wuduq, namun adalah terbaik jika kita berwuduq terlebih dahulu kerana wuduq bukan sahaja membersihkan kotoran zahir tetapi kotoran batin juga. Bawalah mushaf peribadi anda kemana-mana, selama bukan ke tempat najis dengan niat untuk membawa firman Allah swt.

*perkongsian daripada buku Rahasia Nikmatnya Menghafal Al-Quran oleh DM Makhyaruddin.

---
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan