Sabtu, 24 Mac 2018

Halaqah Quran Masjid Nabawi (Quran-mn)

Bismillah..

HALAQAH AL-QURAN MASJID AL-NABAWI

Setahun yang lepas, selepas membaca status kak Roza ini, saya pergi ke link yang disertakan - http://quran-mn.com/women dan mendaftar sebagai pelajar. Namun di masa yang sama, saya telah pun berdaftar dengan Tajweed Made Easy Academy Global untuk kelas memorisation.

7 bulan kemudian saya menerima email dari QuranMN menyatakan saya telah diterima masuk sebagai pelajar. Alhamdullillah, hati rasa gembira namun sedikit bimbang dengan perjalanan kelas, bimbang tidak dapat memberikan komitmen yang berterusan. Kelas adalah 2jam setiap hari Ahad hingga Khamis (5hari seminggu). Waktu yang saya pilih adalah selepas Fajr waktu Madinah, bersamaan dengan 11pagi-1petang waktu tempatan.

Pengalaman perjalanan kelas pada minggu-minggu pertama adalah sangat memenatkan - bilangan pelajar yang ramai (pernah satu sessi ada hampir 60 orang pelajar), talian internet yang kerap terganggu, terputus-putus, dan pergerakan kelas yang perlahan, berminggu untuk menyudahkan satu surah yang ringkas seperti Al-Kafirun. Anehnya, saya masih bertahan. Setiap hari jam 11pagi, akan setia log masuk ke kelas. Saya fikir Allah swt telah beri peluang, maka guna sebaik mungkin. Lagi pula, masanya sesuai- sambil menjahit sambil saya mendengar tunjuk ajar guru dan tilawah pelajar-pelajar lain.

Alhamdullillah, 2 bulan kemudian kami dipecahkan kepada 2 kumpulan, dan dengan bilangan yang memadai (~20 pelajar), saya bertahan sehingga ke hari ini. Alhamdullillah. Buat masa ini kami telah pun selesai dari Surah An-Nas ke Surah Al-A3laa. Alhamdullillah, ia nya umpama kelas murajaah bagi saya yang telah menghafal surah-surah di juzuk Amma.

Selain hafazan kami juga diajar bacaan Qaida dan asas tajwid.

Kepada kawan-kawan yang tercari-cari akan kelas menghafal dan mengaji secara online, boleh cuba untuk mendaftar di Quran-MN.com.

Cuma seperti kata Kak Roza:
 "Mudah bagi mereka yang Mahu, Sukar bagi mereka yang suam-suam kuku".

Semoga perkongsian ini memberi manfaat ❤️

***

TALAQI ONLINE DARI MASJID NABAWI
Mudah bagi mereka yang mahu.
Sukar bagi yang suam-suam kuku.
Keperluan utama .... kemahuan, peralatan dan masa.
Saya sudah mencuba dan hanyut dengan keseronokannya.
Terasa-rasa diri berada bersama rakan-rakan mengaji di masjid Nabawi.
Lihat langkah-langkah yang jelas. Masa pengajian 3 jam.
Pilihlah mengikut kesesuaian. Saya memilih waktu Dhuha di Madinah.
Pertimbangkan ... Jam 8.pagi di Madinah bersamaan 1 tengahari di Malaysia.
Ia sesuai buat mereka yang tidak terikat dengan bebanan kerja, komitmen atau majikan. 
Semalam seramai 22 pelajar bertalaqi dari pelbagai negara.
Pelbagai juga bahasanya. Namun ... membaca quran secara tajwid merapatkan jurang bahasa.
" Belajar sebutan makhraj huruf dengan betul dan membacalah dengan tartil.
Mari kita membaca dengan tajwid sebagaimana yang diajarkan oleh malaikat kepada Rasulullah SAW.
Biar bersusah-payah membaca quran. Insya Allah mudah-mudahan usaha kita Allah pandang."
Ustazah Rani memberi motivasi.
"Selagi bacaan surah tidak betul. Kita tidak beralih ..."
Masih sempat lagi kerana kelas baru bermula dengan surah al-Fatihah dan an-Nas.
Insya Allah.

Image may contain: screen and laptop
https://www.facebook.com/raudzah.roslan/posts/10212779675433160

Tiada ulasan:

Catat Ulasan