Jumaat, 6 April 2018

Prioriti

Bismillah...

Alhamdullillah. Kita telah pun memasuki ke bulan April. Suku pertama tahun 2018 telah selamat berlalu.

Ramadan bakal tiba kurang dari 40 hari. Saya telah mula menyusun jadual untuk menyambut Ramadan, Alhamdullillah. Order untuk NeezaNeedles juga telah ditutup dan kini saya hanya ada 3 order berbaki, mungkin akan cuba untuk disiapkan dalam 10hari ini. Kelas Taleem-ul Quran telah bermula 2 minggu yang lepas. Alhamdullillah, so far so good. I like how the word to word translation and analysis was taught. It did give me a new perspective on how to look at the Quran now. Kelas tersebut juga banyak mengisi masa saya yang selama ini disiakan. Alhamdullillah.

Minggu lepas saya menghadiri perjumpaan penulis-penulis team LangitIlahi. Banyak perkara baru yang dipelajari dan yang membuka mata saya adalah soal prioriti. Apa yang kita mahu dalam hidup ini? Apa yang kita kejar? Walaupun pertemuan itu, banyak berkisar tentang kegiatan penulisan, namun saya melihat dari penjuru yang berlainan. Apa yang kita mahu, kita perlu berkorban untuk mendapatkannya. Berkorban masa, tenaga, dan kesenangan = kerana kita mahu. Singkirkan kerikil yang menjadi penghalang kepada perjalanan kita. Kerikil boleh jadi sebab luaran, boleh jadi juga sebab dalaman. Malas, berlengah, tidak menguruskan waktu dengan betul adalah kerikil dalaman. Kerikil luaran pula adalah perkara yag boleh kita kawal. Contoh, menangguhkan melakukan perkara yang lain untuk mendahului priority.

Persoalannya, apa priority itu? Apa yang kita kejar?
Manusia sering ditipu oleh masa. Kita rasa kita punya banyak masa, kita ada hari esok dan masa depan. Kerja sekarang, kita kata sekejap lagi. Dan masa itu diisi dengan perkara yang tiada manfaat.

Saya bercakap tentang diri sendiri. Janganlah ada pembaca yang merasa saya menuding jari kepada mereka.

Sepulangnya saya dari pertemuan itu, banyak yang saya fikir.. Panjang..
Saya rasa saya perlu memfokuskan kepada cita-cita saya untuk 5tahun kehadapan ini. Kelas Taleem-ul Quran, Halaqah Masjid Nabawi dan juga projek menghafal Quran saya. InsyaAllah, jika diizinkannya, manuskrip itu akan saya siapkan selepas selesai apa yang priority. Mungkin selepas itu, idea juga akan muncul mencurah-curah dan menghasilkan buku demi buku, insyaAllah..

Hari ini juga adalah hari ke-2 saya logoff dari FB. Terasa seperti disconnected with something. Dalam kepala rasa seperti, what did i miss? what if i miss this and that ? Hahaa.. But on another side, rasa lebih fokus, tidak menyibuk kepada perkara yang tidak sepatutnya disibukkan. Withdrawal memang mcm ni, I'll be better in few days, inshaAllah..


Oklah..

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan