Selasa, 24 April 2018

Ramadan 2018

Bismillah..

Alhamdulillah, banyak perkara yang berlaku (dalam hidup saya) kebelakangan ini.

As till today, 20 hari telah berlalu tanpa FB.  3days after I logoff Fb, parlimen Malaysia dibubarkan. Alhamdulillah. Syukur sangat, sebab rasa macam boleh agak saja yang timeline akan dibanjiri dengan kisah-kisah politik, yang tiada kepentingan dengan perjalanan kehidupan akhirat saya. 5 hari selepas saya logoff FB, saya delete apps instagram di telefon. Walaupon iG tersebut hanya berkisar kepada 'perniagaan' - @neezaneedles - namun jerat nya masih ada - butang EXPLORE. Sekali tertekan 30min hilang begitu sahaja. Itu baru bercakap pasal masa. Belum lagi bercakap pasal tompok-tompok hitam di hati yang meningkat naik secara mendadak. Huhuu...
All I can say after 20days without FB, and 15days without iG is my quality of life improved A LOT. I started on focusing on what's important for my family and ya, my deen. No more viral videos, no more cute pet pictures, no more non-sense! Lega... Alhamdulillah.

Amina pun dah wean-off breast feeding. Sebuah perjalanan 11 tahun, with a gap few months from one child to another, berakhir sudah. Saya senyum puas. Alhamdullillah, Allah swt banyak membantu. Jika hanya bergantung kepada motivasi diri, mungkin awal lagi dah quitted. I got my body back, Alhamdulillah.

^^^ semua yang di atas saya lakukan sebab nya satu - inshaallah saya ada projek besar untuk Ramadan tahun ini. 

Allahumma balighna Ramadan.. Ameen.

Ramadan selalu menjadi bulan yang cukup bermakna untuk saya memulakan suatu perubahan, mendekati diri kepada agama Allah.

  • Ramadan 1999 - saya terpanggil untuk membaca Al-Quran dengan terjemahan. Lalu saya beli mushaf yang pertama di dataran Pusanika yang ketika itu berlangsungnya Pesta Buku Agama sempena Ramadan. Saya kira ini titik permulaan saya mendekati Islam dan Al-Quran.
  • Ramadan 2003 - saya mula memakai tudung. 
  • Ramadan 2011 - saya mula merubah penampilan - berjubah dan berpakaian mesra solat ketika bersiar.
  • Ramadan 2012 - saya mula kembali kepada Al-Quran. Terima kasih kepada Konvensyen Bidadari 2012 yang banyak membuka mata. Walaupun tidak berjaya mengkhatam Al-Quran pada Ramadan ini, namun, saya dapat merasakan bahawa hubungan saya dengan Al-Quran semakin akrab dan terus berhubung sehingga kini. Alhamdulillah. 
  • Ramadan 2013 - permulaan saya melaksanakan solat pagi secara istiqamah. Alhamdullillah.
  • Ramadan 2014 - suami selalu mengatakan bahawa bacaan Quran saya agak lemah dari segi tajweed nya. Lantas, ramadan ini, saya berdoa agar diketemukan dengan akademi yang boleh membantu saya membaca Al-Quran, dengan tajweed yang betul. 4bulan kemudian saya menyertai TMEAG 5days intensive mega course -- yang kemudiannya banyak mengubah hidup saya. Alhamdulillah.
  • Ramadan 2015 - saya banyak berdoa agar urusan perjalanan Haji kami dipermudahkan. Alhamdullillah, Allah swt, memakbulkan doa-doa tersebut.
  • Ramadan 2016 - saya mula beristiqamah melakukan solat sunat 12 rakaat - 2 rakaat sebelum subuh, 4/2rakaat sebelum dan selepas Zhur, 2 rakaat selepas Magrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat solat sunat sebelum tidur.
  • Ramadan 2017 - Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun, saya akhirnya berjaya untuk solat tarawikh penuh dalam tahun ini, walaupon hanya melaksanakannya di rumah. 

InshaAllah, biidznillahi taala.. ramadan ini saya akan memfokuskan waktu untuk menghafal Al-Quran. Saya mahu sekurang-kurang nya apabila tamat 30hari 'bootcamp' ini, saya ada 1juzzuk dalam hati. Saya banyak berdoa berkenaan dengan perkara ini. Saya tahu saya seorang menghafal yang lembab, sebuah surah semuka separuh (seperti surah An-Jin, Al-Mutaffifin, Al-Insan) akan mengambil masa hampir 3minggu untuk benar-benar tertanam dalam hati dan lancar bacaan nya. Saya selalu tertanya-tanya bagaimana seseorang boleh menghafal separuh muka dalam sehari, dalam satu jam. Saya beli buku yang menceritakan pengalaman mereka yang mampu menghafal dalam tempoh setahun atau 2 tahun, dan membaca juga pengalaman dan tips kisah-kisah mereka di internet. Namun hasilnya masih hampir sama, seperti tiada perubahan pada diri.. saya berdoa dan berdoa, dan Allah memakbulkan doa tersebut dengan undangan menyertai Daurah.

Daurah 3hari menghafal 1 juzzuk.
Jemputan nya saya terima secara tidak sengaja pada hari Rabu. Daurah nya bermula Jumaat hingga Ahad. Hati meronta-ronta ingin turut serta. Petang tu, usai suami pulang kerja saya tanya, "Ada aktiviti apa-apa tak hujung minggu ini?". Dia jawab, "Cousin saya sekeluarga nak datang rumah kita." "Ok," jawab saya. Terasa ada halangan. Niat nak minta keizinan daurah tak terluah. Pihak urusetia majlis menghantar lagi pesanan ringkas, menanyakan confirmation samada mahu turut serta daurah atau tidak. Sekali lagi hati meronta-ronta mahu.
Pagi Jumaat, sebelum suami pergi kerja saya gagahkan diri bertanya,
"Ada daurah menghafal Quran hujung minggu ni di Port Kelang. Saya ingat nak turut serta, tapi kena bermalam kat sana."
Pantas suami menjawab, "Pergilah."
"Daurahnya start hari ni, Ok ke?"
"Ok." Alhamdulillah.

So, saya ke daurah. 3hari 2malam dengan tujuan mendapatkan 1 juzzuk dalam hati.

SubhanaAllah. Ia merupakan pengalaman yang sangat mahal. Duduk hostel, makan dalam dulang, banyak perkara yang pertama kali saya lakukan di saat umur mencecah 40tahun. Dan saya suka apa yang saya alami:
pagi bangun jam3, solat, Quran..
solat subuh, Quran,
sarapan,
Dhuha, Quran..
Lunch qailullah.
Zhur, Quran,..
Asar, Quran...
dinner.
Maghrib, Quran..
Isha' Quran..
tidur.

Alhamdulillah.. Best!!! A life that I somehow enjoyed. Alhamdullillah. Ia nya mengingatkan impian zaman sekolah yang ingin berdamping dengan agama - saya suka bersolat masa sekolah dulu, dan pernah mengimpikan kehidupan seperti Maryam as, duduk baca kitab dan beribadat sahaja. Malah saya pernah menyatakan jika dalam Islam ada coventry, kehidupan seperti 'nun', saya berminat untuk menjadi salah seorang seperti mereka. Mungkin juga statement seperti ini terkeluar disebabkan terpengaruh dengan cerita the Sound of Music, hehee..

Apa pun di penghujung Daurah, saya hanya dapat bawa pulang semuka hafalan, yang agak rapuh. Teknik bagaimana menghafal cepat itu masih tidak saya kuasai. Namun, saya masih merasakan ada berkahnya daurah ini, kerana sekembalinya saya dari daurah, baru saya temui method tersebut di sebuah program Kursus Menghafal Quran secara online yang saya sertai. SubhanaAllah. Alhamdulillah.

One thing i learnt from the daurah is how to focus. Focus pada diri sendiri dan Quran. Fokus pada halatuju diri - in a month later how much you want to achieve? In the next 6 month? In one year? Melihat pada ketidaksempurnaan diri sendiri dan bukannya menilai kesalahan orang lain.





Dan banyak benda juga yang saya fikir sekembali nya daripada daurah ini. I think my plate is too full. Masa banyak diisi dengan menuntut ilmu dan ia mengehadkan masa untuk saya duduk dan fokus menghafal. Menghafal perlu fokus yang tinggi, fikiran tidak boleh tersimpang siur memikirkan perkara lain - hw, kelas A, kelas B dan sebagai nya. 

A few times I did salatal isthiqarah. For Allah to show me guidance to make a good and firm decision that I will not regret at the end. Jemputan daurah, dan juga notis daripada pihak TMEAG yang menyatakan students tidak dibenarkan menuntut ilmu daripada guru-guru berbeza seperti sebuah 'sign' yang jelas. Sesuatu akan pergi... sesuatu mesti pergi...



***
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan