Alhamdullillah, hari ini saya telah diingatkan dengan satu perkara.
Secara alami, saya bukan lah seorang yang mudah mengeluarkan kata-kata secara spontan. Tidak pernah menjadi wakil pemidato sekolah, atau wakil mana-mana pertandingan bercerita. Pernah masuk bertanding untuk pertandingan pantun mewakili sekolah, namun terpilihnya saya dalam team tersebut adalah kerana keupayaan saya untuk membina baris-baris pantun secara cepat. Andai dinilai dari segi lantunan suara untuk berpantun, saya kira itu mungkin menjadi sebab mengapa team kami hanya mampu bertahan di peringkat separuh akhir sahaja.
Adakala saya boleh mengeluarkan pendapat dan nasihat namun, 70% daripada keseluruhan situasi saya lebih kepada seorang yang banyak mendengar, dan jika diminta untuk melontarkan pendapat.. mungkin pendapat saya akan keluar tersekat-sekat. Ini secara alami- jika diminta bercakap secara spontan.
Namun kemajuan teknologi, membolehkan kita berbicara tanpa meluncurkan kata, maka saya menulis, dan saya kira sekiranya penilaian dilakukan secara maya, orang pasti melihat saya sebagai seorang yang ramah dan mesra. Walhal, sekiranya bertemu muka, saya mungkin dinilai sebagai seorang yang lebih banyak diam tersenyum dari berkata-kata - itupun jika kamu melihat muka saya.
Samalah dengan perkara tasmik. Entah, saya dapati saya sering membaca bacaan yang telah dihafal, jika tidak tersekat-sekat ia akan jadi sepatah-sepatah.
Sehingga kan Ustadza memberi komen, "Saya tahu awak dah hafal, cuma bacaan nya masih tak lancar, masih tersekat-sekat."
"Ya Ustadza. Even I can see the page clearly in my head, but when I start to read, I stuttered," jawab saya, kecewa dengan diri sendiri.
"Maybe you need to build confident," cadang Ustadza, menyuntik motivasi pada diri ini.
Saya diam tidak memberi sebarang maklumbalas. Seperti apa yang saya tulis di atas, saya bukanlah seorang yang mudah mengeluarkan kata-kata secara spontan.
"In shaa Allah," jawab saya mengakhiri perbualan.
Tatkala saya hampir merasakan yang saya mungkin bukanlah orang yang sesuai untuk menghafal Al-Quran, kerana saya pernah terbaca, hanya orang-orang tertentu sahaja yang terpilih untuk menghafal, Alhamdullillah.. persoalan yang berpusing-pusing di dalam kepala, di hantar jawapannya oleh Allah swt secara langsung. Saya diketemukan dengan artikel ringkas daripada DarulTauhid.com berkenaan dengan Petahnya Bicara. Di dalam artikel tersebut, ia menulis:
Bagaimana pula dengan nasib penceramah yang tidak begitu fasih dan kurang "umph" ? Kurang manis mukanya, kurang pandai bermadah dan mengayat, suara pun tergagap-gagap dan kurang mantap. Si pendengar pun asyik menguap...Mereka tidak dikenali. Tidak diikuti. Tidak dihadiri ceramahnya kecuali sedikit. Youtube viewers mungkin hanya berpuluh sahaja, itu pun sudah cukup menggembirakan.Benarkah lagi petah bercakap lagi baik?Lebih berkesan?Lebih POWER?Lupakah kita akan nasib NABI MUSA 'alaihissalam? Bukankah dia seorang yang gagap? Tidak jelas tutur katanya? Tidak kemas butir bicaranya? Hingga dia meminta agar Allah 'azza wa jalla menjadikan saudaranya Harun 'alaihissalam sebagai nabi dan teman baginya... yang lebih fasih dan petah; agar dia menjadi jurucakap bagi Musa?
Subhanallah.. statement ini sangat memotivasikan diri. Membawa kepada asbab mengapa saya lakukan semua ini.. Saya kembali meluruskan niyyah. Saya menghafal kerana Allah swt. Semoga Dia memberkati perjalanan ini, merahmati segala usaha saya, dan memakbulkan doa dan harapan saya.
Semoga Allah memudahkan segalanya. Ameen...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan