Bismillah...
Alhamdulillah.. hari ini telah genap seminggu kita meninggalkan Ramadan, kembali kepada fitrah.
Pelbagai perkara, suka dan duka berlaku pada Ramadan tahun ini. Suka untuk saya berkongsi buat kenangan di masa hadapan.
Alhamdulillah.. rancangan Ramadan kali ini adalah untuk memenuhi masa dengan menghafal Al-Quran, spesifiknya surah-surah berbaki di juzzuk 29. Ada 4 surah yang masih berbaki, hajat hati mahu menghabiskan keempat-empat surah tersebut, namun selesai Ramadan hanya 2 surah berjaya tersemat di dalam hati. Alhamdulillah.. saya kira ianya masih pencapaian yang terbaik kerana
i. biasanya saya mengambil masa hampir 3 minggu untuk menyelesaikan menghafal satu setengah mukasurat Al-Quran, dan
ii. saya mula menghafal selepas 10 Ramadan. Selamasa 1-9 Ramadan saya gunakan untuk revise surah-surah yang telah saya hafal. Alhamdulillah.
Kami pulang ke Ipoh pada malam 24 Ramadan. Di Ipoh, saya diperkenalkan dengan radio Quran - milik Papa. Bentuknya kecil comel tetapi sound dia sangat jelas dan kuat seperti radio yang besar. Jatuh hati punya pasal, sekembali ke Putrajaya saya beli radio yang sama (di lazada.com) dan upload dengan alunan Qari kegemaran saya. Alhamdullillah.
Shawwal disambut dengan hati yang agak pilu. Nenek pulang menemui Ilahi, disedari pada petang 28 Ramadan, dan selamat dikebumikan pada waktu dhuha, 29 Ramadan. Saya doakan yang terbaik untuk Nenek. Teringat setiap kali hari raya kami datang ke rumah Nenek, dan dihujung perpisahan Nenek akan berkata "Entah raya tahun depan, Nenek ada lagi entah tidak".
Dan kata-kata Nenek tersebut akan saya sambut dengan, "Takpe Nek, kita jumpa di syurga inshaAllah"..
dan Nenek balas dengan persetujuan, "Ya kita jumpa di syurga".
In sha Allah... kita jumpa di Syurga, Nenek.
Minggu depan kelas online akan kembali dilanjutkan. Terdahulu (pada entry yang lepas) saya ada menyatakan 'my plate is full and something must go'. Ya, sesuatu harus pergi dan saya mengambil keputusan untuk merehatkan diri dari kelas Khitmul Quran Tmeag, fokus kepada kelas hafalan sahaja yang kini telah di'upgrade' sistemnya. Pelajar yang telah tamat juzzuk30, akan meneruskan hafalan ke Juzzuk1, dan mana-mana pelajar yang berada pada juzzuk 29/28/27, di kehendaki menghentikan current surah dan continue ke juzzuk1. Makanya, in sha Allah, saya akan mula menghafal Juzzuk 1 untuk semester depan yang bermula Julai ini. I still have 2 surah to go to finish juz29, dan sekarang sedang sedikit-sedikit mula menghafal. Saya fikir, saya tetap mahu menghabiskan juz29, walaupun telah mula dengan juz1 nanti. Biidznillahi taala. Semoga Allah tetap membantu memudahkan segalanya, Ameen.
Selain kelas Khitmul yang terpaksa saya 'letgo' buat sementara waktu, saya juga menggugurkan diri dari kelas Taleem ul Quran Al-Huda. Namun, bukan gugur secara mutlak, saya redraw dari kursus tersebut dan register pula ke kelas Saut ul Quran, Al-Huda. Macam lompat tukar kursus jelah. Format kelas masih sama - word analysis, tajwid, translation and tafsir of the Quran. Masih 4 tahun.
Yang beza:
i. kelas SQSL hanya hujung minggu waktu pagi 10am - 1230pm, jadi tiada lagi kelas di tengahmalam, dan
ii. hanya belajar berkenaan Quran - tiada subjek seerah, hadith, fiqh dan sebagainya, yang mana saya fikir lebih ringan untuk saya handle (memandangkan proses menghafal telah cukup banyak memerlukan tumpuan).
Kelas bermula esok, dan saya berdoa dan berharap, in sha Allah, selepas empat tahun saya akan memahami Quran dengan lebih mendalam, dan saya mahu selepas empat tahun saya boleh membaca Al-Quran tanpa membuka mushaf. Semoga Allah memudahkan perjalanan ini, Ameen.
Demikianlah, sedikit sebanyak kisah Ramadan 2018. I bid farewell to Ramadan with lots of tears, satu sebabnya kerana Nenek meninggal dunia, dan sebab lain, saya terlalu amat sukakan Ramadan. Allahumma baligna Ramadan. Semoga bertemu lagi di tahun hadapan. Ameen.
Saya masih bercuti dari FB dan iG. Malasnya nk 'masuk' balik. Tapi kena masuk jugak, sebab @neezaneedles itu perlu bergerak.
Saya akhiri post ini dengan gambar kami sekeluarga di pagi raya. Mungkin nak kena snap gambar lain yang lebih presentable untuk simpanan album gambar raya tahunan. Tahun ini, konsep anak-anak adalah berpakaian jubah. Saya fikir jubah lebih praktikal daripada baju melayu, sebab anak-anak pergi mengaji dengan Ust Amin (kelas lepas magrib), pakai je jubah, dalamnya baju tidur. Senang. Konsepnya, suami dan anak-anak berjubah putih, mak maintain jubah hitam, becos I am minimalist like that (hehee).. namun Yahya opt for jubah hitam "Nak sama dengan Ummi". So sweet of him. <3
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439 / 2018 kepada semua pembaca blog ini. Maaf zahir batin. Semoga apa yang ditulis dan dikongsikan di sini memberi manfaat kepada pembaca di luar sana. Terima kasih. Jazakumullahu khayr.
Salam alaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan