Bismillah...
Petang semalam, kami menerima amukan seorg ibu di whatapps group kelas - menceritakan tentang ketidakpuasan-hati atas denda di mana anaknya terpaksa berdiri hampir satu period untuk subjek tertentu, gara-gara terlupa membawa buku.
And so I asked my son, "Ada orang kena berdiri masa subjek xxx ke?"
Berubah seketika wajah sang anak mendengar pertanyaan. Soalan dijawab dengan soalan,
"Kenapa, cikgu bagi tahu ke?".
Erm, that's fishy. Makanya soalan dia dijawab dengan soalan juga oleh saya,
"Awak kena berdiri juga ke?".
"Haah. Lupa bawa buku." Baru dapat jawapan.
Nak tergelak pun ada. Jawapan spontan saya, "Bagus lah kena denda, siapa suruh tak bawa buku."
Naluri seorang emak memang agak protective terutama pada anak-anak. Namun, jangan sampai manja berlebihan merosakkan mereka. Dalam kelas Saut ul-Quran minggu lepas, Ustzah Aisha ada menyentuh tentang adab yang semakin hilang - hormat murid pada guru - hilang nya gara-gara campurtangan ibu bapa. Seharusnya, apabila kita ibu bapa menghantar anak ke sekolah untuk dididik maka segala syarat yang ditetapkan oleh sang guru dalam menyampaikan ilmunya perlu diterima dengan berlapang dada. Saya nukilkan secebis kisah peribadi saya: berlaku ketika saya berada dalam darjah2. Sang cikgu sibuk mengajar di hadapan, subjek bahasa melayu, dan saya di tempat sibuk pula mengasah pensel. Berkali-kali sang cikgu berkata secara am, "Tengok cikgu di sini", tidak diendahkan saya. 2 saat kemudian, sang cikgu telah tegak berada di hadapan meja saya, dan sesaat seterusnya, pengasah pensel saya terbang keluar kelas, diikuti dengan bebelan sang cikgu, "Cikgu cakap, Tengok Cikgu! Jangan asah pensel". Diikutkan logik, alahai budak darjah 2. Tapi bila fikir balik, sebab pertistiwa itu lah, saya memang fokus dalam kelas. Jika cikgu mengajar saya tekun tengok dia, catat nota dan tak buat benda lain. See, how important perkara-perkara denda seperti ini dalam membentuk sahsiah peribadi seseorang.
So parents jangan la cepat melenting bila sang anak didenda. Its a lesson, so that next time dia tak buat lagi, next time they'll be more focus. Kalau kita sibuk campurtangan, bela anak tak tentu pasal, anak jadi besar kepala, dan tak respect pada guru. Hilang lah keberkatan ilmu bila mana ini terjadi..
Ok, Semoga tulisan ini memberi manfaat. Terima kasih kerana manbaca.
Salam alaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan