Q: Assalamualaikum ukhti, saya sepertinya sdg futur, bgmn ya cara mengalokasikan waktu agar tetap murojaah, meski sedang padat pekerjaan dan fisik yg sedang kelelahan. Mohon nasihatnya. Jazakillah khoir.
A: Walaikumsalam warahmatullah.
Nasihat saya (juga nasihat guru saya) always renew intention.. kenang semula, mengapa kita buat aktiviti ini- kenapa kita mahu hafal quran.
Bercerita tentang pengalaman perbadi: Saya pernah juga alami rasa jenuh dalam menghafal Quran. Masalah ini saya kemukakan kepada Gura saya.
Guru saya kemudian bertanya kenapa saya nak menghafal Quran?
Saya jawab saya nak menghafal sebab saya nak baca surah panjang-panjang dalam qiyam.
Lepas tu guru saya bertanya kembali; dah dapat tak baca surah panjang-panjang dalam qiyam?
Saya jawab: Surah Zukhruf, Syuraa, atau Fussilat bila dibaca dalam qiyam lama juga kena berdiri.
Guru saya pun berkata, 'Objektif dah tercapai', sebab tu la rasa dah takde mood nk tambah hafalan, sudah rasa "puas". Hafal Quran ni niat kena satu jer: untuk mendapat redha Allah; sebagai wasilah untuk bertemu dengan Allah di akhirat dalam keadaan Allah tersenyum mesra melihat kita, mahu hampir dengan Allah di setiap ketika. Mahu jadi hambanya yang taat dalam menurut perintah. Ini lah niat sebenar untuk kita menghafal dan mempelajari al_Quran. Kerana jika kita niyat nk bawa mak ayah masuk syurga, saat kita 'bergaduh' dengan mak ayah, akan terasa malas nya nk hafal Quran. Jika kita niyat nak jagi hafidzha, bila sudah berjaya hafal Quran dan digelar hafidzha akan malas pula untuk bermurajaah. Dan seterusnya jika niyat kita bukan kerana Allah.
Itu la pesan Guru saya yang rasa betul sangat-sangat.
Always renew intention - solely for Allah sake. In shaa Allah semangat untuk menghafal, bermurajaah akan terpelihara. Tentang kesibukan, bila niyat dah lurus, ianya boleh diadjust. Kena banyak berkorban, priority kan Al Quran.
Saya harap apa yang saya nasihat dan kongsikan ini akan menaikkan kembali semangat saudari.
May Allah make it easy on everything, Ameen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan