Bismillah Arrahman Arrahiim
Teringat akan satu kisah ketika di tingkatan satu - sekitar tahun 1992.
Entah apa mimpinya, saya dilantik menjadi Pengawas Sekolah (bertaraf sementara / probationer) semasa di Tingkatan Satu. Semasa di sekolah rendah saya hanya diamanahakan sebagai Pengawas Perpustakaan, itupun di atas permohonan peribadi. Beria-ia saya berjumpa dengan guru kelas semasa di darjah 4 minta nak jadi Pengawas Sekolah, namun peluang menjadi Pengawas Perpustakaan saya terima dengan berbesar hati.
Sebab, di akhir tahun, lencana itu dipulangkan kembali, dan saya gagal diserap untuk menjadi Pengawas sebenar. Sedihnya, Tuhan yang tahu. Teresak menangis di anak tangga bangunan belakang. Kecewa, berpecah-pecah rasa hati tatkala itu. Alhamdullillah, tatkala di Tingkatan 4, saya kembali diserap sebagai Pengawas Sekolah sebenar.
Saya selalu me-relate kan peristiwa ini dengan kondisi saya sebagai penghafaz Al-Quran sekarang. Ianya seperti Allah swt telah menghadiahkan saya sebuah lencana kecil Pengawas Quran. Tersemat rapi di dada saya. Dan alangkah runtunnya hati, jika peristiwa penarikkan kembali jawatan berlaku sekali lagi. Saya tak mahu ia berlaku lagi. Saya tak mahu jadi Pengawas Sementara lagi. Saya mahu jadi Pengawas Kekal - Pengawas Quran sehingga ke hembusan nafas terakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan