بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tatkala memegang Quran comel kesayangan saya nan satu ni, saya teringat akan sebuah kisah di zaman matrikulasi. Zaman matrik (dan zaman universiti), saya pakai dompet berzip saiz yang seakan benar dengan dengan Quran kecil ini. Zaman di mana handphone adalah objek yang sangat 'rare' so menjadi kebiasaan purse itu saya suka pegang di tangan (sekarang tangan dah di-occupy untuk pegang hp). Suatu hari saya ditegur oleh pelajar dari jurusan perakauanan (saya dalam jurusan Sains, the only class yang kami sama adalah kelas Bahasa Inggeris).
Dia: Saya nak tanya, kamu ni hafal Quran ke?
Saya: (terkejut dan terus membuat penafian) Eh, tidak. Kenapa?
Dia: Sebab saya nampak, awak selalu bawa Quran ke mana-mana. Saya ingat kamu hafal Quran.
Saya: Yang ini ke? (tanya saya sambil menunjuk purse tersebut kepada nya)
Dia: Iya.
Saya: Oh, ini purse. Bukan Quran.
Dia: Ya Allah.. macam Quran lah..
Sejujurnya waktu tu saya tak pasti ada Quran bersaiz kecil dan berzip seperti purse saya itu.
Subhanallah..
To my dear friend, saya tak ingat nama kamu.. Terima kasih. Atas berhusnuzon terhadap saya. Yang mungkin pada waktu itu, sangkaan kamu dimakbulkan Allah swt. Alhamdullillah.. Di mana pun kamu berada, saya diakan yang terbaik. Semoga dalam lindungan Allah sentiasa.
آمیـــــــــــــن یارب العالمین
Tiada ulasan:
Catat Ulasan