Selasa, 18 Januari 2022

Reviu buku - Agar Al-Quran Menjadi Teman oleh Majdi Al-Hilali

   بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


18 hari di bulan Januari telah berlalu. dan saya kira ini post kedua untuk bulan ini. Usai pulang dari bercuti saya disibukkan dengan kelas-kelas Quran saya dan anak-anak yang juga telah kembali ke sekolah. 

2022. A good year so far. So many things had happen. I enrolled for Maqra academy on the 30th Disember and got accepted on 2nd Jan.  And I'm also back to Quran MN halaqa. I guess being part of the halaqa dah menjadi seperti sebahagian dari diri, dan menggugurkan diri menjadikan saya seperti kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Alhamdullillah. Syukur atas segala nikmat dari Nya. 




Saya baru sahaja selesai mambaca buku - Agar Al-Quran Menjadi Teman oleh Majdi Al-Hilali. MashaaAllah. Kehadiran buku ini seperti menjawab banyak persoalan saya berhubung dengan AlQuran -  Bagaimana untuk terus istiqamah bersama Al-Quran. Kerana saya selalu tertanya - Bagaimana sebenarnya hubungan saya dengan alQuran, yang sepatutnya? Adalah hingga ke hujung hayat, sekadar tilawah, hafalan dan murajaah? Soalan ini kerap benar bermain di benak saya.  Kerana saya merasakan hubungan nya 'hampir' statik. Seperti dihadapkan dengan hidangan yang sama pada waktu breakfast, lunch dan dinner, s e t i a p  h a r i. Saya cuba mevariasi. Mengisi waktu untuk kepentingan diri, seperti melayan yt basikal lipat, namun ia membekas penyesalan - I should use this time to revise this page. 

Alhamdullillah, buku itu memberi banyak solusi - antara perkara yang ditekankan ialah
i. amalan kepada perintah-perintah yang disebut dalam alQuran. AlQuran bukan sekadar untuk dibaca, yang penting adalah pengamalan isinya. maka jika kita pelajari satu unjuran dalam AlQuran (contoh- mengucapkan In shaa Allah dalam surah Al_kahfi ayat 23-24) maka, terus laksanakannya. Dan istiqomah dalam melaksanakannya supaya apa yang dipelajari berbekas di hati.
ii. ketahui makna -makanya bila mendengar translate aluan AlQuran, make sure our brain is aware and try to translate to our own mother-tongue, dan lihat kesannya - tergetar hati atau tidak,
iii. bergembira pada ayat-ayat Syurga, dan berwaspada pada ayat-ayat Neraka, 
iv. baca dengan tartil - ini sangat-sangat diberatkan. Kerana bacaan yang laju hanya berlalu di hujung lidah. Tidak meresap ke hati,
v. bersyukur dan terus bersyukur, dengan keberadaan kita bersama AlQuran. Kerana bukan semua orang diberi 'keistimewaan' ini. Jadi bersyukur, kerana jika kita bersyukur, Allah akan terus menambah nikmaNya pada kita.

Begitulah sebahagian intipati daripada buku tersebut. Seperti biasa, buku ini juga menekankan untuk tidak bermaksiat atau membuang masa dengan perkara selain Quran.  


Semoga Allah swt menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 


آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan