Thursday, October 1, 2009

Kerja hari ini

Hari ini menarik sebab berbeza skit ngan hari-hari lain - gi ICU buat survey skit (selalu terperap je dalam lab).

Actually aku tak suka pergi wad: tengok orang sakit menyebabkan aku rasa sedih.. serius, tertitik jugak dua tiga titis airmata ini dan insaf betapa jadi sihat ni satu nikmat yang tak ternilai. Sebab ni la aku tak jd doktor (walopun hakikat nya belajar tak pandai.. hahaha).

Apapun dah alang-alang ke ICU aku pon snaps la few blur picts:




Luas ICU kat sini. I remembered when working in HospSriM*njung, ICU amatla cinonet - 5 beds je kalo tak silap.

Apapun, harapannya lawatan ke ICU ini adalah sebagai pelawat sahaja. Nauzubillah, tak nak la sebagai pesakit. Dan sekali lagi nak cakap, nikmatnya jadi orang sihat. Alhamdullilah Allah swt. Terima kasih sangat-sangat.

No comments:

Post a Comment