Monday, November 2, 2009

Grrrr....

Edisi lepas geram (read at your own risk)


Minggu lepas adalah minggu marah. No, no.. bukan la marah macam volcano tapi marah tahap geram jer.

Pertama: aku hangin ngan taska nyer si Zahra ni. Dulu ok, semenjak dua menjak ni tak ok: penjaga dia ramai yang berenti, sekarang tinggal 2 orang (sorang jaga baby, sorang jaga toddler (yang boleh tahan ramai gak tu)) dan penjaga baru ni plak mcm blur jer. Yang aku geram, bekas susu selalu diorang lupa pulangkan, tapi ni takpe- what I did, before balik after amik Zahra tu aku akan tanya, bekas susunya ada? Kalo later esok pagi baru aku realize yang bekas susu tiada, pon tak menjadi masalah, sebab after aku anto Zahra aku bole je lari balik rumah top up kan susu dia (dah taska tu selang 4 buah rumah kan). Tapi yang menjadi hangin naik ke kepala, suka benor la bagi baju tah sapa-sapa ke aku, then baju Zahra will be lost in nowhere. I’ve to admit baju Zahra pon bukan la baju yang mahal berjenama, aku beli baju pasar malam je- rm12 sepasang.. BUT most of it adalah baju yang dia suka – baju UpinIpin, Wonderpets, Ben10, MikiMos, so bila baju macam ni hilang, aku jadi emotionally sedih, more on terkilan la. Huh..

Kedua: jiran rumah no2. Pertama sekali,nak minta maaf dulu la kak- kita tak penah bertegur sapa apatah lagi berborak panjang. Masing-masing sibuk kerja kan. Lagipon, akak baru pindah, kalo dah lama sikit mungkin kita akan kenal bertegur sapa. Akak tinggal mana ye dulu? Seronok tak tinggal Putrajaya, sekarang? Putrajaya ni lain sikit kan.. tak macam kawasan perumahan tempat lain – yelah kita kan tak de pagar. Tapi walopun tak de pagar, kawasan rumah saya tetap kawasan rumah saya kak, and akak punya territory remains as akak punya territory. Saya tahu akak suka kucing, banyak jugak kan kucing akak bela tu – empat lima ekor tu. Terus terang saya cakap saya tak berapa suka binatang- paling gagah kalo saya nak bela binatang pon, maybe bela ikan dalam akuarium, sebab utama dia tak gi merata dan dia juga TAKAN BERAK MERATA. Ha, itu la dia nyer. Kucing akak tu berak kat kompaun rumah kitaorang. Masuk ni dah dua kali. Saya bukan nak cakap apa, anak saya Zahra tu weol tak toilet-train kan dia lagi. Ramai gak la college saya kat ofis ni suruh ajar Zahra membuang di toilet, katanya ‘budak-budak besar ni punya berak, busukk..’. Tapi terus terang saya cakap, saya rela sepuloh kali basuh berak si Zahra tu lagi dari sekali basuh tahi kucing. Ya, Allah, busukkkkk nya tahi kucing…. Dah habis basuh pon, melekat lagi bau nya. Haih…

Ketiga: Kita berbeza.. plain different. You work from seven to six, I work from eight to five. You have aim and target, while I work what is wajib, NEVER the sunat. They awarded you with APC, and I’m just a mum. Enuff said.. we’re totally unlike.

Ok, itu sahaja edisi lepas geram. I hope penama-penama di atas BACA luahan perasan ini. Yes, I really hope they read.

*Picture courtesy Google Image.

1 comment:

  1. bagusnya..sungguh berhemah awak menegur ;) emm, susah jgk ye tak berpagar nih!

    pasal ke3...thehehee...kita sama. We did the wajib, never the sunat! hahhaa....

    ReplyDelete