Tuesday, December 15, 2009

4 bulan

Hari ini genap kandungan 16 minggu = 4 bulan..
Baru 4 bulan tapi terasa macam lamaaaaa dah.. hehehe..

Progress tentang aku:
  1. Loya dan perasaan malas dah terbang jauh-jauh. Alhamdullillah. I am back as me- tak de la jadi sayur melepek depan tv like a sloth each time balik dari kerja macam dulu.
  2. My tummy extended. Yup, agak kelihatan tetapi tidak begitu ketara (defensive statement??) ekekek
  3. Kenapa perut tidak begitu ketara? Sebab my boobs pon turut sama jaya membesar.. heheheh. Yup, semenjak dua menjak ni ia dah mula engorge – sangat sakit dan tidak selesa ok. Dua kali dah tukar saiz bra.. opss.. Balik kampong raya haji, one of my SIL said that dia tak tahu pon aku mengandungi tetapi dia notis aku kelihatan agak berisi – berisi lebih di bahagian dada.. Hahahah… Tapi susu belum keluar lagi, masa Zahra dulu by 6mths susu dah mula keluar. Hopefully yang ini pon sama jugak.
  4. Heartburns sangat severe waktu petang. Tak sampai tahap muntah tapi sakitnya sangat mencengkam isi perut.
  5. Bowel movement is very-very slow. Tak sembelit tapi pembuangan adalah tidak sekerap setiap pagi seperti sebelum mengandung. Agak rimas but as long as proses pembuangan itu mudah, tak kerap pon tak pela.
  6. Masalah dunia yang seperti tiada penyelesaian adalah gatal kulit perut. Argh.. tensen kawe! Nak garu salah, tak garu salah, arghhhh..

Gender baby
Heheheh.. korang agak kali ni anak apa? Teng.. teng.. teng..
.
.
Ekekeke.. aku tak tau lagi la. Ini adalah antara soalan-soalan penekan yang suka ditanya oleh kebanyakkan orang. Preference jantina: bagi aku, serius cakap aku tak kisah. I like to have another princess sebab bole kawan dengan Zahra dan aku pon ada banyak sangat projek baju baby dalam kepala.. ekekek. But kalo dapat prince pon still ok at least tak pressure pasal jantina anak bila nak beranak sekali lagi (adik kepada adikZahra.. wahhhh..). Apa pon yang penting, aku nak anak yang lengkap dan sihat.. Cakap pasal ni memang agak menakutkan..

Methotrexate can cause birth defects in an unborn baby. Do not use methotrexate to treat psoriasis or rheumatoid arthritis if you are pregnant. Tell your doctor right away if you become pregnant during treatment.
Use birth control to prevent pregnancy while you are using methotrexate, whether you are a man or a woman. Methotrexate use by either parent may cause birth defects.
Before you start taking methotrexate, your doctor may want you to have a pregnancy test to make sure you are not pregnant.
If you are a man, use a condom to keep from causing a pregnancy while you are using methotrexate. Continue using condoms for at least 90 days after your treatment ends. If you are a woman, use an effective form of birth control while you are taking methotrexate, and for at least one cycle of ovulation after your treatment ends.


Ya, Allah mohon dijauhkanlah.. Ameeenn..

Akhir kata, ini adalah dua orang manusia (yang seorang tu suka benor sepahkan rumah) yang sangat-sangat aku SAYANG.. ngeee….

1 comment:

  1. Congrats Kak Neeza!!! I'm guessing it'll be a boy! :) :) :) Take good care ya..

    ReplyDelete