Selasa, 1 Disember 2009

I’ve found my missing pieces

Baru ni (sebelum raya Haji) Mat tanya kat aku.. ‘Apa yang awak buat lepas balik kerja?’
Well, apa yang aku buat, tak lain tak bukan adalah menonton tv – dok layan cite-cite bodoh kat channel 104 seperti Kelab POP dan Jangan Lupa Lirik ulangan seratus kali.

And selepas itu aku dengar la serba sedikit ceramah ‘saya bukannya marah tapi nasihat’ berbunyi seperti: rumah bersepah tak terurus; kain baju melonggok tak berlipat; bilik jahit tu, nak kata kan menjahit tak jahit pon, tapi sepahnya, kalah kedai jahit; awak pon dah lama tak masak untuk Zahra, sian dia asik dinner roti; dulu pon pregnant jugak tapi tak de la macam ni; jangan ikut hati malas tu sangat!

Pang! Tamparan hebat di situ (bukan secara physical la yer).

Yup, aku, selepas Aidilfitri adalah sangat berlemak. Malas melampau-lampau. I can sit and doing nothing macam orang lumpuh 24-7. Malas Yaa Rabbi.. tak tau macamana nak elaborate tahap kemalasan itu. Mat yang sebenarnya tak la begitu particular tentang kekemasan rumah pon bole akhirnya bersuara menegur bini dia yang dok duduk tak buat apa kecuali bikin lemak. Ntah la, aku pon tak tahu setan mana yang telah merasuk aku menjadikan aku seperti zombie, bernyawa tapi tak bole nak buat apa-apa. Even kat ofis pon aku memang act like a boss (yang macam bagus bossy nyer). Dok arah-arah my technicians je buat itu dan ini - sendiri nak angkat bontot pon malas.

Then setelah ‘ditampar’ hebat, aku pon mula terfikir dan tersadar. Tengah sihat macam ni, baik la aku being productive. Dan Alhamdullillah, our house finally dah nampak dah kembali seperti sebuah rumah, kain baju pon tak ada yang pending dan kegiatan menjahit pun dah mula seperti biasa.

Apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah.. hehehe.. sebab-sebab macam nilah aku sayang sangat-sangat kat Mat. Dia jarang menegur, tapi sesekali menegur tu, tusukan nya terus ke hati.. ekekek

And btw, my first trimester dah habis. I am now in my second trimester, so hoping that angin malas itu telah pon berlalu pergi (jauh-jauh dan tidak kembali lagi). :-)

1 ulasan:

  1. beb,aku lak tebalik...time pegnant nabil, giler siyes malas tahap gaban...nak makan pun malas....tapi now, 2nd pegnancy nih, bekobar tiap pg kul4.30/5 pagi bangun dah bancuh kuih a, wat lempeng a, tengari kol 11 dah bekobar masak kat dapo..(time cuti skola ni la)...gamak e gurl lak kot..doa doakan eh okay!chow..as

    BalasPadam