Tuesday, December 22, 2009

Taska reject cloth diaper

Komen aku, sekiranya perkara ini terjadi:
Suka tak suka, kita as emak yang menghantar anak di bawah seliaan orang lain kena la ikut kehendak orang yang nak jaga anak kita. Ini adalah untuk kebaikkan anak kita jugak.

Pengalaman aku dalam CD-ing Zahra di taska, mula-mula memang sangat OK. Aku cuma requested, pakai CD macam pakai lampin biasa (minta jangan dibuang la tapi), berak atau kencing semua tu tak perlu basuh, masuk je terus ke dalam *wetbag yang aku sediakan. Namun begitu, penjaga Zahra, Siti nama dia, sangat baik, yang kencing memang dia tak basuh tapi kalo Zahra berak, dicuci jugakla najis Zahra sebelum dimasukkan ke dalam wetbag.

So pemakaian CD di taska memang tidak menjadi sebarang masalah, sehinggalah Siti berhenti kerja dan diganti dengan penjaga-penjaga yang semua pon bermuka baru (dimana masalah seperti yang pernah diceritakan di sini berbangkit). Mula tu aku pon tak perasan yang penjaga baru ni reject CD but then in a week aku realize yang penggunaan CD sangat kurang di Taska (soiled CD hanya ada 1 atau 2) dan terperasan jugak ada CD yang dah hilang (even ia hanyalah CD murah dari tanah besar China jenama Coolababy, tapi sayang jugak wooo). So, immediately, beli sposies ke Zahra and terus dah tak pakai CD sampaila ke hari ini.

Berbalik kepada title, kalo taska tolak CD:
  1. Ikut sahaja apa kehendak taska. Kalo kita stil berkeras nak ikut kehendak kita, bimbang nanti anak akan dibenci oleh penjaga. Penjaga ni pon human being jugak, which some of them bekerja for the sake of money with a little passion on children. So, cukupla kita bayar untuk servis mereka dengan berpesan ‘ni ada ubat, minta tolong bagi ubat pada sekian-sekian waktu; anak saya tak makan ayam ye, nanti dia gatal-gatal; susu dia minta bancuh sekian-sekian oz; ni ebm beku kena panaskan dengan rendam tau, jangan dibiar di suhu bilik atau dipanas dalam mikrowave’ dan lain-lain pesanan yang aku rasa masih bearable untuk dibuat oleh manusia biasa. Dealing with najis ni tak semua orang suka nak buat.
  2. Kalo nak sangat pakai CD (being eco-friendly human being atau nak berjimat dari membeli sposies (CD kan dah mahal, apa hal plak tak digunakan nyer kan..)) so, carilah taska lain yang mampu menerima penggunaan CDs ini.


Itu sahaja. Tepuk dada tanya selera.

*wetbag yang aku sediakan hanya la satu beg plastic yang berzip seperti di sini.

In other notes: Kalo taska tolak CD, bagi aku, aku masih boleh bertolak ansur lagi. Tapi kalo taska tolak EBM, adalah wajib bagi aku cari taska lain yang bole menerima EBM.

5 comments:

  1. Agree. I had the same problem like you had. And I prefer to tackle the problem the gentler, milder way. Tapi masa cikgu Adam yang sorang tu malas sampai tukar diaper sekali je sehari I memang stress. And then luckily after that dapat cikgu ganti yang best and rajin and the best thing about it is obviously my son likes her a lot more and enjoys going to school everyday.

    ReplyDelete
  2. Best betul, lucky Adam. How I missed Siti, some penjaga memang sangat baik dan ikhlas menjaga anak kita kan..

    But on the other side, the taska is still okey sebab tak crowded and sangat dekat dengan rumah. Nak tukar taska pon dok pk bnyk-bnyk-bnyk kali..

    ReplyDelete
  3. kesian akak, bukan senang nak bagi anak ke org jaga. byk yg terpaksa compomise. nasib la anak2 saya bela..24/7, muka ni la yg diorg ngadap. haha!

    ReplyDelete
  4. Topik nak guna CD kat taska ni memang sensitif sikit kan... Iye lah, diorang pun nak kejar masa and nak buat kerja cara paling senang jugak kan...

    ReplyDelete
  5. salam tuan rumah,blogwalking.
    sy pn ada masalah yg sama bila nak experiment full CDing anak. bila hantar kat taska,diorg cuma pakaikn CD masa lepas mandi dh nak balik petang je(dlm tempoh exprmen i put few dispo gak).kdg ada satu soiled CD,kdg tadak lgsg.masalahnya,sy da pesan,kalau poopoo tak yah basuh,diorg gi basuh gak sbb kata nnti cd tu kuning..ape yg diorg risau?,hmm.. now najihah kena campur2 gak, klu kat umah sy full cd la, kat taska,depends ngan diorang coz i provide both..takut2 anak kita yg jd mangsa keadaan plak.alamak,teremosi.

    ReplyDelete