Friday, January 1, 2010

010110

Selamat tahun baru, semua. Melangkah dengan penuh bergaya.. echeh..

Nope, aku tak sambut new year. Cuma berteleku depan tv watching HBO tayang Indiana Jones dari episode mula sampai ke habis back to back. Tak tengok sampai habis pon, jam 11 masuk bilik berkeroh. Sepanjang hidup pon memang tak pernah sambut new year- rasa tak significant. Setiap hari yang berlalu adalah sama seperti semalam dan sebelumnya. Chewah...

Sebenarnya pernah ada usaha nak lepak Dataran Merdeka atau KLCC malam tahun baru semasa belajar di Uni dulu, entah macam mana, aku terdengar lak ceramah seorang uztaz ni cakap, new year tu disambut oleh secara gilang-gemilang oleh orang kafir sebagai tanda kemenangan. Menang sebab apa yang mereka katakan itu betul:

"Wahai Muhammad, kamu katakan kiamat itu semakin hampir, namun setahun telah berlalu. Di manakah kiamat itu? Sesungguhnya kamu seorang yang pendusta."

Maka, aku tak nak lah menjadi seperti beruk yang bodoh terkinja-kinja menyambut 'kemenangan' tanpa tahu apakah perjuangan ke arah kemenangan tersebut. Wallahu'alam.

Hehehe.. sorry, terceramah panjang pulak pagi ni. Well, tahun menginjak lagi. What I'm looking forward in 2010? Rancangannya:

I'll be working till 30 May 2010. Dan akan mula menjadi SAHM bermula 1 Jun 2010. (mesti semua orang akan: hah?). OK, clarify: InsyaAllah, my edd is 8 Jun 2010 (hoping to pop-out on 2 Jun 2010 sebab 2 Jun tu tarikh Anniversary kitaorang.. ekeke). Aku akan ambil cuti awal, sebab tak payah la nak hantar Zahra ke taska lagi dah. Then most probably will also taking another a year of cuti-tanpa-gaji menjaga anak. -- yang ni dari segi kerjaya.

Dari segi keluarga pulak, sebab nak dapat baby baru, so azamnya adalah nak fully breastfed sampai ke 2 tahun. Oh sebelum tu, aku harap dapat melahirkan secara normal- vbac. OK, kita skip pasal proses kelahiran ke edisi lain sebab tetiba rasa seriau. Then, before baby pop-out, nak siapkan project jahitan untuk dia. List dah panjang (dan semakin bertambah), tapi projek tak mula lagi: contemplating either nak jahit pakai kain color pink or blue.. hahah. But since aku dah dapat hint (ops..) maybe bole start asap.

Dan projek untuk aku pon sedang disusun-atur. Maksud di sini adalah projek kalo aku seorang SAHM.. maybe la nak convert diri jadi WAHM tapi secara kecil-kecilan, seronok-seronokan. Nothing serious but I need to have like rm200 macamtu sebulan untuk belanja-belanja bodoh like beli kain ke, beli benang ker.. tak de la bila tak keje terus jadi paralyze kena depend 100% pada Mat.

Tapi semua ni depend juga dengan status kewangan kami. Andai diizinkanNya, maka tercapai. Jika tidak, maka bulan Ogos, balik bekerja seperti biasa. Aku merancang, kita merancang, Allah swt juga merancang. Rancangan kita mungkin nampak cantik (atas kertas), rancangan Allah swt adalah sangat cantik secara realiti nya.

OK peeps. Sekali lagi Selamat Tahun Baru 2010. Semoga setiap hari adalah hari yang terbaik pada kita semua: mulakan hari dengan doa dan senyuman, insyaAllah, semua dipermudahkan. :-)

Giftaway still on. Let's join :D

1 comment:

  1. salam tahun baru kak,

    insyaallah, rancangan akak akan jadi nyata. doalah banyak2. whichever yg berlaku pun still ada kelebihan kan?

    lynn dok umah ni pun amik tempahan baking kecil-kecilan seronok-seronokkan..hehe! payah sket nk besar2an sbb anak kecik 2 org ni..emm...paham2 je la ek..hehe! bila dok umah, sukati kita la nk wat jadual keje mcm mana. insyaallah, berehhh..

    ReplyDelete