Ini adalah kisah saya mencari Quran yang betul-betul sesuai dengan jiwa.
Panjang tak panjang lah kisah nya, selesai satu juzzuk dan bilamana masuk ke juzuk 29, barulah saya ketemu Quran yang menambat hati dan melekat di ingatan. Semoga berkekalan-lah ingatan tersebut sehingga badan dikandung tanah, hendaknya, Ameen.
Saya bermula dengan Quran mushaf madinah berserta terjemahan. Comel Qurannya, mungkin saiz A7. Berzip, sekali pandang macam purse. Sebab dia comel macam tu, dengan terjemahan sekali maka tulisan nya halus kecil amat. Perit mata tua saya memandang tulisan nya yang cenonet itu. Maka saya tukar dengan Quran saiz besar sedikit - A5. Masih mushaf madinah, tapi kali ni tanpa terjemahan. Pure mushaf, jadi kena jaga wuduq jika mahu menyentuhnya, dan kena dalam keadaan suci. Ok Quran nya tapi tak menambat hati. Border pada ayat setiap muka surat nya punya motif kerawang yang saya rasa agak terganggu, rasa macam serabut. Quran saiz A5 tapi sebab border dan ruang tepi yang luas, tulisannya masih kecil bagi pendapat saya.
Jadi saya tukar semula ke Quran terjemahan, tapi kali ni saiz nya lebih besar, saiz A5. Quran ni adalah kegemaran, ditambah pula ia nya hadir dengan juzzuk yang bercerai - (ada 30 jilid: 1 jilid untuk 1 juzuk) jilid juzzuk 30 hampir lunyai saya bawa ke mana-mana. Namun ketika memasuki surah-surah terakhir, saya decided untuk bertukar mushaf ke mushaf lengkap sebab saya fikir nanti senang jika saya sudah habis hafal juzuk 30 dan masuk ke juzuk 29 dan seterusnya, untuk melakukan murajaah, tak perlu menggagau membawa 2 atau lebih jilid ke mana-mana.
Saya bertukar ke Quran Mushaf Malaysia, yang diterbitkan oleh Yayasan Restu. Jujur cakap, saya suka sangat dengan Quran ini:
1. Setiap surah bermula pada muka surat baru - tidak bersambung dengan surah lain, eg Surah Yusuf, pada muka baru berbanding dengan mushaf madinah di mana permulaan surah Yusuf di bawah surah Hud berkongsi muka surat.
2. Softcover - ringan dan design cover yang ringkas jadi nampak macam note book tak macam Quran
3. Tulisan besar penuh satu muka surat, ruang kosong yang kurang dan kerawang border yang tidak berlebihan.
Punya la jatuh cinta dengan Quran ni, saya siap tulis lagi pada helaian pertama Quran tersebut yang saya berharap untuk menghafal seluruh isi kandungan 'buku' ini menjelang 2030. Biidznillahi taala. Ameen.
Namun, masalah muncul:
1. Quran ni rare - tak widely use macam mushaf madinah - jadi jika baca Quran tru apps, kedudukan ayat berubah sama sekali. Especially bila baca Suraf Al-Kahf setiap Jumaat, terasa sangat perbezaan nya.
2. Muka surat pun tak sama dengan mushaf madinah. Saya cuba sedaya upaya to get use with mushaf malaysia ni, so masa kelas recitation memang akan baca tru this Quran but since others are using mushaf madinah, so terpening jugak nak mencari ayat mana yang sedang dibaca sebab Ustadza suka refer kepada muka surat compares to refering on surah and ayah.
3. Kita ni menghafal sambil dengar Qari baca kan ayat. Apps kegemaran adalah Ayat KSU - ayat yang nak dihafal boleh diulang berkali-kali dan ada delay setting, maknanya lepas Qari baca ada silent moment untuk kita ikut serta baca pula. Alhamdullillah, I love this apps so much, as it does help me a lot in my memorisation. So masalahnya kembali kepada surface susunan ayat dalam Quran mushaf malaysia yang tak standardised, tak sama macam Quran pada apps Ayat tersebut. So my photographic view tak dapat nak capture ayat yang nak dihafal tu dengan sempurna sebab yelah kejap "gambar" nya begini, sekejap lagi "gambar" nya kedudukan ayat berbeza pula. Seriously memang susah sebab gambarannya mengelirukan. Its hard for me to capture the first word of the ayah, di mana itu yang paling penting, sebab jika dah dapat beginning ayat tu, biasanya the rest of the ayah will flow.
Setiap surah bermula pada muka baru dan berakhir pada hujung muka surat (contoh gambar adalah surah Yusuf). Design yang kemas, font yang jelas penuh semuka - saya suka Quran ini cuma ia tidak standardize. Sedih sangat nak bid farewell dengan Quran ni, tapi perjalanan harus diteruskan, saya tidak mahu perjalanan kerap sangkut dan tersungkur gara-gara otak saya pening memikirkan gambaran muka surat yang berbeza.
So, I've been thinking maybe kena cari jugak la Quran lain - rancang masa PBAKL nanti la jalan-jalan cari Quran.
And I believe Allah swt is helping me to make ease in this journey, I've found the 'right Quran' sooner than I planned. Menariknya, budget tak ada masa nak beli Quran ni, and then, the seller dah letak siap-siap kat website dia yang Quran ni - Out of Stock. Itchy me, pergi tanya stok display pun saya ok jika ada, mahu beli. And he said that he will look if there's any. He added that this Quran, memang cepat habis sebab maahad tahfiz beli borong. Harapan tak la tinggi sangat sebab budget memang tight. Suddenly seller reply ada satu je lagi tinggal, the next thing I did is do the istikharah, should I change mushaf or stick with the Quran mushaf malaysia Yayasan Restu. Sudah tertulis rezki nak dapat Quran tu, ada pulak customer order carrier and buat immediate payment. Alhamdullillah .. MasyaAllah, quwataillah billah. I took that as a sign. And 3 days later, the Quran is mine. Alhamdulillah, suka nya, subhanallah.
About the Quran Hafazan:
1. Sleek surface, tak de border berkerawang - minimalism sgt.
2. Madinah mushaf font - exactly like the Ayat KSU apps. Susunan baris, patah kata serupa saling tak tumpah. Subhanallah.. Masa terima, buka dan selak page satu per satu rasa macam baca dari app Ayat, suka la.. Subhanallah.
3. Ada penanda permulaan ayat di tepi border - untuk memudahkan proses hafazan. Dan terdapat penanda buku yang disertakan bersama untuk menutup muka surat so that kita boleh fokus pada ayat permulaan untuk melancarkan hafazan. MasyaAllah, brilliant sangat cara ni: i. boleh cepat dapat hafal, tangkap ayat pertama, dan ii. mengelak kekeliruan terbalik ayat atau termiss ayat. Subhanallah, yang ni memang best la.. saya suka!!
4. Penanda juzuk pada ruas buku. This is good, just like dictionary, senang nak cari kita kat juzuk mana tak menggagau selak-menyelak muka surat.
So far so good. I really like the inner of the Quran. Cover dia jelah, too bold- dari jauh orang boleh nampak, 'akak ni tengah ngapal Quran nampak gayanya'.. hehee.
The Quran - permukaan yang kemas, font standardised dengan Quran mushaf madinah dan juga apps Ayat by KSU. Rona warna yang tidak menyakitkan mata. Permulaan ayat di-highlight dengan red font, dan di sisipkan pada tepi margin untuk mudah mengingati permulaan ayat (rasul ayat) tersebut.
Jika nak murajaah di awal hafalan, boleh ttup muka surat dan hanya melihat pada 'rasul ayat' dan teruskan mengingat keseluruhan ayat tersebut. Bagus untuk memperkukuhkan ingatan terhadap sequence ayat. Tapi bila dah complete hafal, jangan refer lagi sebab nanti jadi terlalu bergantung, jika tak lihat tak dapat baca pula.
So, this is me and my mushaf story. Semoga kekal la yang satu ini, sehingga tamat hafalan, insyaAllah dalam satu dekad yang akan datang.
Semoga Allah swt permudahkan perjalanan ini. Ameen.
---
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan