Ahad, 25 Februari 2018

Tumpuan

Bismillah..

Perbincangan di meja sarapan pagi ini dengan suami adalah berkenaan subjek fokus. Bagaimana memusatkan fikiran kepada sesuatu pekerjaan? Kerana diri kadangkala secara tidak sedar selalu tersasar. Contohnya, macam anda, mungkin melayari internet untuk mencari satu bahan untuk satu tugasan, namun 'terserempak' dengan blog ini, dan sedar-sedar 30 minit telah berlalu lantaran terleka membaca postings (harapnya tiada yang seperti itu ya..).

Well, saya rasa ini adalah 'penyakit zaman sekarang'. Lantaran terlalu banyak distraction - beribukan Internet, berbapakan Social Media.

Nak hantar mesej pada si polan di Whatsapps.
Buka Whatsapps.
"Eh group ni (yang telah dimute-kan) ada new notification," buka baca.
"Eh tak faham cerita apa ni." Scroll pulak past convo to know what the story is all about.
"La, cerita pasal ni ke? Aku pun ada pengalaman." Taip pulak pengalaman peribadi berhubung topik perbincangan.
Si A, Si B reply mesej. Bermesej-mesej pulak dengan mereka.
---- at the end, 30min GONE.
Mesej untuk si polan, masih tak berhantar.

Nampak? Macamana fokus utama telah tersasar. Haa.. tu baru cakap pasal Whatsapps, belum lagi cerita Facebook, Twitter, Instagram, Snapchat.. yang semua ini, SEMUA ini, bertujuan untuk mengambil masa kita tanpa kita sedar. Dia ambil, dia tak curi, Sebab kita sendiri yang menadah diri merelakan masa diambil --"Lagi setengah jam baru start meeting, tengok FB la dulu". Pada yang merelakan dan memang merasakan "tak boleh hidup" tanpa socmed ni, saya tiada sebarang komen buat anda, TETAPI pada mereka yang sedar diri selalu terhanyut, dan ingin kembali kepada "dunia nyata", saya syorkan langkah-langkah berikut untuk anda ambil, hasil daripada pengalaman saya sendiri:

#1
Pada mula jadi surirumah dahalu, saya memang fail bab pengurusan masa. Masa siang dihabiskan berjam-jam menonton tv, dari satu cerita ke satu cerita. Asal melayan tv adalah sambil menyusukan anak. Anak dah habis menyusu, dah tidur, mata emaknya masih terpaku di layar tv. Banyak kerja tergendala, terutamanya kerja-kerja menjahit, yang menyebabkan saya terpaksa berjaga malam pula untuk menyiapkan upah jahit. Alhamdullillah, Allah swt cepat bagi kesedaran, maka perkara pertama saya buat, saya susun jadual - malam dah buat perancangan, esok kena siapkan carrier A, dan B. Pagi bangkit dari tidur, saya lihat jadual, perkara apa saya perlu capai pada hari ini. Alhamdullillah, banyak perkara yang berjaya diselesaikan apabila ada jadual waktu. Kerja sendiri duduk rumah, memang masa akan mudah terbuang jika tidak disusun dengan molek. Masa ni, saya masih lagi menonton tv. Setiap hari dalam jadual saya, masa 4-5ptg akan dikhaskan untuk menonton rancangan tv rancangan kegemaran.

#2.
Sambil menjahit saya suka mendengar lecture - Shk Hamza Yusuf, Bro Nouman, Sis Yasmin Mogahed, etc. dan hasil tarbiah, saya bagai tersedar bahawa menonton tv ni sebenarnya tak baik untuk kesihatan rohani - banyak perkara maksiat. Yang berlakon suami isteri, di luar bukannya suami isteri pun, perempuan yang mendedahkan aurat, watak pendengki dengan kata-kata kesat, semua ini boleh menimbulkan titik hitam pada hati. Maka, saya berhenti menonton dan beralih kepada aktiviti baru: membaca buku. Alhamdullilah. Aktiviti yang sangat menyeronokkan bagi diri ini. Sedari kecil saya memang suka membaca cuma bila usia telah berinjak dewasa, buku yang ada di pasaran tidak menambat hati. Terima kasih kepada Prof Kamil dan kak Roza, di mana tulisan mereka telah menyebabkan saya menemui kembali keasyikan dengan aktiviti membaca.

#3.
Kadang tu, apabila kita mula melibatkan diri dalam socmed, kita menjadi 'jakun' - seronok sangat dapat berhubung dengan ramai orang, orang 'mendengar' hasil tulisan kita, orang 'like' gambar kita, orang memberi komen yang positif. Secara tiba-tiba, kita bagaikan selebriti. Yelah, kalau sebelum socmed, kita ni cuma orang-orang biasa yang tak ada siapa nak ambil tahu, tak de siapa kisah atau peduli - orang biasa yang stale. Jadinya, apabila terdapat 'spotlight' yang tertumpu pada kita, kita jadi seronok - mula la asik nak berselfie sahaja, tunjuk setiap gambar yang ada, semua benda nak tulis nak cerita supaya orang like, orang share. Jadilah kita ni hidup bertuan kan socmed.
Saya juga pernah ketagih Twitter suatu masa dulu - semua benda nak update dalam Twitter. Sehingga la saya dengar ceramah Imam Suhaib Webb (jika tak silap) bila mana semua benda nak report di socmed, jadi di mana peranan Allah swt. Bila masa nak mengadu pada Dia? Saya hentikan terus aktiviti Twitter dan supaya tidak jatuh ke dalam 'lubang' itu kembali, saya deactivate acc tersebut. Begitu juga dengan instagram. Seawal kemunculan iG, saya rasa best sgt platform socmed ni. Alhamdullillah, semakin lama. keseronokan nya semakin hilang. Kemunculan istory mengeruhkan keadaan, di mana hampir semua orang yang saya follow, sibuk untuk mempamirkan story masing-masing. Saya mula mual apabila story yang dimuat naik sungguh tidak berkualiti, eg. Derap kaki perjalanan ke kantor juga nak di-story. Apa ni? Buang masa saya yang menonton. Untuk itu, I took an iG break during Ramadan last year. Dan Alhamdullillah, selepas itu, rasa untuk kembali semakin tawar. Mula tahun ini, saya undur diri dari iG. One word: Lega. Lapang rasa kepala.
Sekiranya hidup sudah terlalu bernafas dengan socmed, pendekatan yang terbaik adalah berpuasa. Puasa zahir dan batin. Puasa diri juga berpuasa daripada social media. Seronok sebenarnya hidup tanpa socmed. Masa menjadi semakin banyak dan boleh memfokus kepada perkara lain yang lebih berfaedah.

#4
Socmed juga mempengaruhi untuk kita menjadi fomo - fear of missing out. Apa berita sensensi terkini, apa yang berlaku sekarang, siapa kawin, siapa bercerai, dia pergi mana.. sebab tu tangan tu asyik nak melekat je dengan telefon dan scroll scroll scroll selagi boleh. Ini turut boleh menjatuhkan diri kita ke kancah ghibah. 'Dari mata turun ke hati' kata pepatah - sudah dilihat-dilihat, dalam hati mengata. Rugi la kita apabila bersendirian, masih berupaya mengumpul dosa tanpa sedar.
Di sini, kena selalu ingat balik tujuan hidup - dari Allah swt, untuk Allah swt, dan akan kembali kepada Allah swt. Hentikan narsistik, kerana ini melalaikan kita daripada landasan hidup. There're so many thing outside the socmed box, keluar dan nikmati hidup yang sebenar, berhubung dengan jiran, saudara mara secara realiti, bukan berlindung di sebalik dunia maya. Suka saya nak tulis, jika rasa ada banyak sangat masa, cuba lah hafal Quran. Kerana itu lah yang seafdalnya perkara yang patut kita buat buat untuk 'mengisi masa lapang'. Quran adalah sebaik-baik dzikir. Dan sememangnya tugas kita untuk sentiasa ingat pada Allah swt setiap masa.


Kesimpulannya, hidup ni bagai boleh dibahagi kan kepada dua - Alam maya dan Realiti. Hati-hati dengan kehidupan alam maya kerana ia yang banyak mengambil masa kita tanpa sedar. Fokus point kita mesti harus dilaras sentiasa agar tidak tergelincir dan tersasar daripada target asal. Fokus pada akhirat adalah yang sebaik-baiknya. Dan mereka yang *fokus adalah mereka yang berjaya (Surah Hud, ayah 23).

*fokus = kusyuk

---
Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan