Selasa, 27 Februari 2018

Kisah business dan NeezaNeedles

Bismillah..

Hari Ahad lepas kami ke Shah Alam, hajat hati nak makan tengahari di restoran kegemaran - Nyonya's Kitchen. Malangnya, sampai di hadapan kedai, kami dapati kedai nya sudah tiada lagi. Alahai, kecewa nya. Hilang satu tempat kenangan zaman bercinta dulu.. hehee..
Selesai di Shah Alam, kami singgah ke Klang rumah kakak ipar. Menurut beliau, lama dah restoran Nyonya's Kitchen tu tutup. Tahun ni memang dah tidak beroperasi langsung.. Erm, makna nya lama juga la kami tak ke sana. Last mungkin masa Amina masih baby. Cerita kemudiannya berlanjutan tentang kisah kedai-kedai yang turut ditimpa nasib yang sama dan terpaksa gulung tikar. "Letih business macam nilah - perniagaan untung ke, rugi ke, - gaji pekerja dengan sewa kedai tiap-tiap bulan kena prepare. Yang tu tak boleh miss," ujar kakak ipar yang juga punyai business sendiri.

Berbicara pasal business, tahun ini merupakan tahun ke-8 NeezaNeedles berada di arena pembikinan baby carrier, Alhamdullillah. Sepanjang 8 tahun, banyak juga improvement yang NN telah lalui. Walaubagaimanapun, carrier yang versi1 masih lagi digunapakai oleh customer. Bangga juga apabila ada customer yg berkongsi gambar carrier versi 1, yang mulanya dibeli untuk si abang, kini dipakai untuk mendukung adik-adik yg seterusnya. Alhamdullillah..

Saya menerima soalan seperti tak nak maju ke hadapan ke? Hire pekerja, buka kedai..
Erm, tipu la jika cakap tak teringin. Masa NN menginjak ke tahun ke4, di mana sambutan begitu menggalakkan, saya memang rasa bersemangat sangat nak mengembangkan business ni. Tengok pula kawan-kawan lain yang mengambil langkah ke hadapan, saya rasa tidak mahu ketinggalan.  Saya mula susun rancangan: nak ambil pekerja asing untuk bantu jahit menjahit, nak ke China beli bahan mentah secara borong, dan menyewa kedai untuk memberi fokus yang lebih. Siap google-google mencari lokasi kedai sekitar Putrajaya untuk disewa, dan kemudiannya turut mengintai-intai peluang pinjaman perniagaan yang diberi oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan. Hajat hati dinyatakan kepada suami, namun beliau tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengambil pinjaman sebagai modal.
"Business belum untung, hutang dah jalan"
.. katanya, yang saya setujui tanpa bantahan.

Lama kemudian, semasa saya sedang sarat mengandungkan Amina, saya ambil seorang pembantu. Terasa juga peritnya bila ada pembantu. Carrier terjual atau tidak, gaji pembantu mesti dibayar. Namun, sudah rezeki saya dan pembantu, setelah 4bulan bekerja, dia mohon berhenti, dapat offer kerja tempat lain yang saya fikir lebih lumayan gajinya. Alhamdullillah ala kulli haal.  Sedih juga dia pergi, tapi sedikit sebanyak lega juga sebab tak perlu memikirkan tentang bayaran gaji dia lagi.

Selepas kelahiran Amina, saya mulanya merasakan ingin bersara dari menjahit baby carriers. Mahu menumpukan perhatian yang lebih kepada pengajian Quran dan kelas-kelas online saya. Namun bila fikir semula, belajar ni pun perlu wang juga. Suami memang ada beri duit poket setiap bulan, Alhamdullillah, tapi saya rasa, adalah lebih berkat jika yuran pengajian saya datang dari hasil titik peluh saya sendiri. Pertengahan tahun 2017, saya terserempak dengan iklan pertandingan CraftMaster. Dalam hati terdetik, jika menang, dapat 10k boleh la berhenti menjahit. Berkobar hati untuk ikut berlumba. Makanya saya design Neat OSFA (one size fit all) - ssc yang boleh digunakan dari bayi berusia 4bulan ke kanak-kanak 4 tahun. Customer juga yang bagi idea sebenarnya ni. MasyaAllah quwataillah billah.













Unfortunately (or fortunately) saya tidak menang pertandingan tersebut. Tak tersenarai pun untuk saringan seterusnya. Alhamdullillah, pertolongan Allah swt, walaupun tak menang, tetapi OSFA is a hit. Rata-rata order yang masuk sekarang semua OSFA and I also enjoy making OSFA. Walaupon ambil masa sikit disebabkan proses menjahitnya yang agak details, namun ada kepuasan setiap kali selesai menjahit, dan customers beri feedback yang memuaskan hati. Alhamdullillah.

Dan dengan ini, saya masih menjahit baby carrier.
Masih soloprenuer. Masih home-based.
Tahun 1 mula business, dan kini tahun 8, kebanyakannya masih sama - beza hanya pada design carrier yang sudah semakin mantap dan lebih praktikal.
Alhamdullillah, saya gembira - malam tidur sangat lena.
Tentang expanding, brick store dan pembantu.. biarlah dulu. Saya masih mahu menikmati tidur malam yang nyenyak itu.
Rezeki buat masa sekarang adalah cukup - cukup untuk bayar yuran kelas TMEAG, Ribaat Rabata dan Al-Huda. Cukup juga untuk berbelanja beli buku.

Alhamdullillah..
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

---
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Salam alaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan