Jumaat, 2 Mac 2018

Yang Susah Hafal Al Qur'an Jangan Berkecil Hati - Ustadz Adi Hidayat Lc MA

Bismillah..

Selepas membaca banyak buku berkaitan dengan tips hafalan, saya terpanggil untuk membuat pencarian berkenaan dengan keadah neuro nadi di mana kaedah ini bukan sahaja dapat membantu proses mengingat dengan cepat tetapi juga dapat membantu menghafalan secara details - nombor ayat, dan ayat boleh dibaca secara terbalik. Hasil google saya bertemu dengan youtube Ust Adi Hidayat. MasyaAllah.. memang hebat kaedah neuro-nadi ni tetapi tak sesuai untuk penghafalan secara individu, kena hafalan secara duo atau berkumpulan kerana terdapat soalan pertanyaan untuk stimulasi otak. Dan selepas itu, saya terpanggil untuk menonton klip-klip video yang lain daripada Ust Adi kerana banyak tips yang diajar oleh beliau berkenaan dengan teknik-teknik hafazan.

Dan tiada kebetulan, saya terserempak dengan video ini:

 

7min, dan saya menonton dengan penuh terharu.. terasa seperti video itu bujukan untuk diri ini. Ya, saya adalah di kalangan hamba Nya yang menghadapi kesulitan dalam proses penghafalan. Pelajar yang sangat perlahan. Saya ambil masa 1tahun untuk menghabiskan juzzuk Amma - di mana hafalan baru adalah dari surah Al-Qariah ke surah An-Naba. Dan setelah masuk ke bulan March tahun ini, saya masih di surah Al-Qiyamah - bermakna saya ambil hampir sebulan untuk lulus hafal dengan lancar surah Al-Mursalat dan Al-Insan. Alhamdullillah, Ustadza Fatimah adalah sangat bagus, selagi hafalan tersekat-sekat, tersaktah-saktah, tidak meluru laju seperti Al-Fatihah, selagi itu tak boleh move ke surah baru, walaupun dalam hukum tajwid bagus dan tiada lahn.

Alhamdullillah, setiap kali mula menghafal saya lurus niat kerana Allah swt, walaupon kadang diganggu bisikan syaitan, yang cuba untuk membandingkan diri saya dengan pelajar lain yang cepat dan cantik bacaan nya. Namun saya abaikan bisikan tersebut kerana saya tahu, kemampuan setiap orang berbeza, dan apa yang penting bagi saya ialah, biar lambat hafalan namun ingatannya melekat. Cuma ada ketika saya rasa letih dengan diri sendiri, rasa nak marah pun ia juga.. sebab lembab, dah hafal, sejam kemudian, tergagap-gagap kembali, lupa semula. I feel so mad with myself! 

Tapi bila dengar Ustaz ni cakap: "Hafalan yang perlahan dan tersekat-sekat bacaan nya adalah kerana Allah swt nak bagi pahala lebih", berjurai air mata ini. Terasa sangat Allah swt itu kasih pada hamba Nya yang seorang ini- ya, saya akui, saya banyak dosa.. zaman silam yang penuh kejahilan. Andai ini untuk membasuh dosa lalu, ya Allah, terima kasih sangat-sangat. Jangan lah ditarik nikmat hafalan ini ya Allah.. Beri lah kekuatan untuk saya tempuhi jalan ini. 

Dan saya juga suka bila Ustaz cakap: "Allah swt menurunkan al-Quran untuk memberi manfaat kepada kita - Ada golongan yang diinginkan oleh Allah untuk mendapat pahala dari Qurannya, ada golongan yang diinginkan oleh Allah untuk membawa Quran dalam kehidupannya dan ada golongan yang diinginkan oleh Allah untuk mendakwahkan isi Quran dalam kehidupannya. Setiap kita diberikan yang terbaik dalam kehidupan kita". Subhanallah, such a motivation. Berdamping dengan Al-Quran ternyata tidak merugikan. Its a win-win situation, di sini kita bahagia, di akhirat juga kita bahagia, biidznillahi taala. 

Semoga hubungan kita bersama Quran tetap utuh dan apa pun "hadiah" Allah swt, dalam perjalanan kita untuk melafazkan Quran dengan hukum yang betul, menetapkan Quran di dalam hati, atau mengamalkan Quran di kehidupan seharian, sentiasa bersangka baik dengan Nya - kerana: Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. :)

---
Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan