Jumaat, 16 Februari 2018

Ulasan buku - Menghafal Al-Quran dalam Sebulan

Bismillah...

Target buku untuk dibaca pada tahun ini adalah 50 buah buku. Masa mula susun target, perasaan nya berkobar. Namun setelah 2 bulan pertama hampir berlalu, timbul keraguan dalam diri sendiri, entah kan mampu atau tidak untuk mencapai target 50 buah buku dibaca untuk tahun 2018. Masa agak mencemburui - dengan jadual kelas yang padat - tmeag, rabata, alhuda, quranmn; kegiatan menghafal, menjahit, kerja kolumnist lagi.. macam-macam. Saya berdoa agar Allah swt memberkati masa saya dan meredhai setiap apa yang saya lakukan untuk berada hampir dengan Nya. Ameen.

Ok, Saya baru selesai baca buku ni: Menghafal Al-Quran dalam Sebulan.


Sekarang ni memang giat mencari dan membaca buku-buku bertemakan hafalan sebab saya betul-betul mahukan motivasi yang berterusan.

Anyway tentang buku ini, melihat pada tajuk rasa macam tak logik kan.. tapi apa pun content buku ni memang best. Penulis memberi tips kaedah yang terbaik untuk menghafal dan terus mengingati, yang pada hemat saya sangat praktikal dan lain daripada apa yang saya tahu dan praktikkan sebelum ini.

Ok, sebagai contoh, kita ingin menghafal 10 ayat pertama surah Al-Balad:



Kaedah yang biasa kita pakai (yang saya gunakan sebelum ini):
Menghafal ayat per ayat.
Ayat 1 baca sekurang-kurangnya 33 kali, hafal, dan move ke ayat ke2. Ayat ke2 baca sekurang-kurangya 33 kali, hafal, dan cuba combine ayat 1 dan ayat 2, baca secara hafalan 10 kali. Jika hafalan mantap, move ke ayat ke3, dan method yang sama berulang kembali. Ringkasnya:
Ayat 1 - 33 kali baca dan hafal
Ayat 2 - 33 kali baca dan hafal
Combine ayat 1 dan 2 -- baca 10 kali dalam hafalan
Ayat 3 - 33 kali baca dan hafal
Combine ayat 1, 2 dan 3 -- baca 10 kali dalam hafalan. Jika hafalan mantap teruskan ke ayat berikut dan jika hafalan sangkut ulang semula mana yang sangkut.
... dan seterusnya sehingga habis ke ayat yang ke10.

Cara begini, Alhamdullillah, akan tetap terhafal jika dilakukan dengan bersungguh. Namun, kekurangannya:
1. memakan masa yang agak panjang. 10 ayat diatas mungkin memakan masa berjam-jam jika setiap ayat dikehendaki dibaca sehingga berkali-kali.
2. menyambung satu ayat ke satu ayat yang berikutnya mungkin menimbulkan kesukaran atau kekeliruan, lebih-lebih lagi untuk ayat yang panjang. Ini kerana, penghafalan kaedah ini memisahkan satu ayat dengan yang lain, maka sekiranya kita mahu menghafal 10 ayat, maka kita kena ingat 10 rasul-ayat (permulaan ayat).

Kaedah yang diajar di dalam buku ini, untuk penghafalan yang mudah dan cepat tetapi tetap berkesan, adalah - Menghafal secara berperenggan, dengan melihat kepada intonasi ayat. Dalam contoh ini, kita boleh cuba untuk menghafal surah Al-Balad ayat 1-10 dengan membahagi kepada 2 bahagian - ayat 1-7 dan ayat 8-10, berdasarkan kepada penghujungnya - ayat 1-7 berakhir dengan qalqala (kecuali ayah5) dan ayat 8-10 berakhir dengan mad lin aridh lissukun. Jadi di sini kita telah memecahkan perenggan kepada 2 bahagian - maka hanya ada 2 rasul-ayat yang perlu diingati (berbanding 10 jika menggunakan method sebelumnya) dan masa yang diambil juga lebih singkat berbanding sebelum.

Saya suka apa yang diajar dalam buku ini sebab:
1. praktikal
2. mudah

InsyaAllah akan cuba untuk menerapkan method ini semasa menghafal kelak.

Lain-lain isi kandungan buku ini menerangkan teknik berkonsentrasi, kaedah murajaah secara berkesan, yang saya suka cara ulasannya, sebab menampakkan perjalanan proses menghafal ini menarik dan tidak membebankan.

Terima kasih kepada penulis di atas buku yang sangat bermanfaat. Semoga kehidupan dunia dan akhirat dirahmati Allah swt.

---
Semoga perkongsian ini membawa manfaat.
Salam alaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan