Sabtu, 2 November 2019

Q&A: Bagaimana mahu murajaah

Q: Assalamu'alaikum wr wb ... Ustadzah maaf saya izin masih banyak belum yg  lancar masih murojaah mandiri di rumah. Saya madih punya 1juz. Tapi kebingungan memurojaahnya.

Tolong mohon di bantu menjadwal atau meng agenda harian nya bagaimana. Biar bisa hafalan mutqin untuk lanjut ke juz2 ustafzah. Mungkin ustafah Annezza punya Resep agenda harian murojaah... Terimakasih yang banyak sebelumnya ya atas saran dan masukan ustadzah 💖


A: Walaikumsalam warahmatullah.

Alhamdulillah, tahniah atas 1juz yang pertama. Alhamdullilah..

Memang, masa dapat 1juz seronak sgt, tapi nk masuk ke juz2 dan seterusnya, ada bimbang dalam hati, takut hafalan yang telah ada hilang -- ini saya alami jugak masa mula-mula menghafal dulu. Saya mula dari juzuk 30, masa telah masuk ke surah Mutaffifin, hati rasa risau sgt sebab pada waktu itu terasa, hafalan lama - surah al-lail, al-fajr, ghasiyah telah hampir terlupa. Subhanallah..

Lepas tu saya ckp pada guru saya, macamana nk buat? should i continue or stop for a while to strengthen the memorisation?

Ini apa yang guru saya bagi advice:
Apa yang kita dah hafal, contoh kita dh dapat 1 juz, mukasuratnya kita bahagi kepada 6.
20➗6 = ~3
Setiap hari kita kena ulang balik 3muka surat untuk murajaah:
Sabtu: 1-3
Ahad: 4-6
Isnin: 7-9
Selasa: 10-12
Rabu: 12-15
Khamis: 16-20
Jumaat - Rehat. Baca Al-Kahfi atau perkuatkan mukasurat yang lemah.

Bila kita dah masuk muka surat yang berikutnya, kena tambah muka surat lagi. Begitulah seterusnya..

Methos ini juga adalah sama seperti yang dijelaskan oleh Hafidza Maryam di artikel ini.

Alhamdullillah, saya dh hafal 6 juz, maka saya murajaah 1 juz setiap hari. Dan kemudiannya akan terus ditambah.
Jika dah hafal 12 juz - kena murajaah 3 juz setiap hari
Jika dah hafal 20 juz - kena murajaah 4 juzuk setiap hari
Jika telah tamat 30 juzuk - murajaah nya 5 juz setiap hari.

^^ nampak senarai ni memang agak menakutkan, tapi Alhamdullillah, dengan istiqomah setiap hari murajaah, lama kelamaan ianya akan jadi mudah.
Untuk juz yang lama: 30,29,28, Alhamdullilah. Biasanya by solat dhuha saya dah habis murajaah 1juz.

Seperkara lagi yang guru saya pesan, disamping murajaah, tilawah juga penting. Biasakan untuk membaca 1/2 juz hafalan baru. Contoh Sis baru nak mula juzuk2, mungkin sedang menghafal page pertama juzuk2, tilawah yang perlu dibuat ialah 1/2 juz 2, dari page 2-page11. Baca untuk bagi lancar dan familiar.

Dan untuk hafalan baru, bagi saya, saya hanya istiqomah 1/2 page setiap hati. Tak boleh buat banyak sangat sbb saya lebih fokus kepada hafalan yang sediada. Yang baru itu adalah hadiah dari Allah swt. Dia yang akan beri, biidznillah..

Semoga Allah meeudahkan perjalan kita sebagai penghafal Quran. Yang penting apa yang kita dah dapat (hafal) kita hargai dgn syukur (murajaah selalu). Kerana Allah cakap dalam surah Ibrahim ayat7, Jika kamu bersyukur, Aku akan menambahkan nikmatKu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan