Bismillah ArRahman ArRahim..
Assalamualaikum wrwb. Apa khabar para pembaca? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Alhamdulillah, saya di sini sihat. Maaf kerana lama menyepi. Rasa nya bermula dari PKP1.0 sehingga kini kita di PKP 3.0, saya tidak menulis apa-apa di sini. Apabila dunia dilanda wabak, saya memutuskan untuk tidak menulis apa-apa kerana bimbang karya tulisan menjadi bahan bebelan yang berbau kufur pada nikmat Allah swt. Di tambah dengan kesibukan rutin harian, berselang seli dengan kelas sendiri dan kelas anak-anak, menjadikan saya semakin melupai kewujudan blog ini. Sehingga lah seorang pembaca datang menyapa- bertanya kabar dan memberikan sedikit input beliau berkenaan blog ini. Subhanallah, Alhamdullillah. Terima kasih kerana terinspirasi dengan hasil tulisan. Terlebih dulu, maaf dipohon jika ada hasil tulisan yang mengguris hati atau maklumat yang kurang benar - yang baik pasti datang dari Allah swt dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.
Ok, lets us start w cerita perjalanan menghafal Quran:
Alhamdullillah perjuangan masih lagi diteruskan di ketiga-tiga halaqa yang saya sertai - halaqa quran-mn, tmeag dan khyrukum. Ketiga-tiga institusi berada pada surah/juz yang berbeza - di mana QMN fokus pada new memorisation dan yang kedua lainnya berada pada surah revision. Selain daripada itu juga, saya "dihadiahkan" dengan kehadiran quran-buddy yang bersama-sama berjuang di jalan penghafal Quran. Menariknya, mereka bukan 1 tetapi 3. Alhamdullillah.. di saat sesetengah orang sukar mendapatkan walau seorang buddy, Allah hantar saya 3orang. Dan antara hadiah dari Allah yang paling istimewa adalah Ust Bahia, my personal Quran teacher, yang asalnya tersalah hantar mesej dan kini menjadi salah seorg guru Quran saya. Bayaran nya juga menarik- sebagai balasan, saya pula menjadi guru kepada beliau - mengajar English. Alhamdullillah, atas nikmat dari Allah yang menjadikan kegiatan seharian saya berkisar kepada Al-Quran. By to date, saya berada pada surah al-Naml, menjadikan kumulatif juz yang dihafal hampir kepada 11juz. one per third done, two per third more to go. Saya berdoa agar Allah swt memberkati perjalanan ini dan menjadikan saya di antara ahliNya. Aameen.
Aktiviti kedua yang menambahkan kemanisan pada kehidupan seharian saya ialah.. tennis. Tidak dinafikan PKP banyak membuka jalan baru kepada hampir ramai orang - kita umpama dihadiahkan dengan peluang-peluang yang selama ini tidak kita sedar bahawa ianya menarik untuk diceburi. Sebelum PKP, aktiviti senaman yang saya giataktif adalah berenang. Alhamdullillah, di kejiranan presint 9 putrajaya ada kolam renang yang diasingkan untuk lelaki dan perempuan. Selalunya selepas menghantar anak-anak ke sekolah, saya akan spend lebih kurang 45min berkuak bersama dengan si anak bongsu. PKP hadir dan aktiviti berenang menjadi tertangguh. jenuh juga rasa bila tidak bereksesais. Di rumah ada je threadmill, tapi berlari mungkin bukan my cup of tea. Perasaan nya lemu (lemau dan jemu). I like something fun when doing exercise and Alhamdullillah, di PKP2.0 saya diperkenalkan dengan tennis - yang disuggest oleh en.suami. Alhamdullillah, mula main agak brterabur juga sebab tak pernah main dan lebih terpengaruh dengan gaya bermain badminton (yang ternyata jauh berbeza dengan bermain tennis) namun setelah 3bulan permainan juga menjadi lebih tersusun dan bola tidak lagi terbang melompat tembok. Ya saya bermain dengan dinding bukan dengan orang, menjadikan permainan ini paling best sebab you dont need to depend on others to play. Alhamdullillah, saya bermain hampir setiap pagi dan boleh disimpulkan, aktiviti bersukan membantu dengan meningkatkan daya fokus saya bersama Quran. Teringat akan Imam Shafie ra, yang gemar memanah dan berpendapat sukan memanah menambahkan daya fokus beliau, sukan tennis tidak kurang juga.. perlu fokus to hit the ball.
Saya share video saya bermain tennis :
Terima kasih pembaca. Yang mendoakan saya.
Semoga kehidupan anda juga dalam rahmat Allah sentiasa.
<3 neeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan