Ahad, 4 Julai 2021

Reviu buku - Aku dan Al Quran

Bismillah Arrahman Arrahim.





Alhamdullillah. Selesai baca sebuah buku memoir kisah penghafal Quran. Buku dibeli di shopee. Sampai hari Rabu, dan semalam Sabtu dah habis baca. Pertama sebab buku ni tak tebal mana, less than 200 pages. Dan sebab utama, cara penulisannya sangat engaging. Ringkas dan santai. Rasa nak terus baca dan baca sampai habis. 

Alhamdullilah, sebagai seorang yang sedang menghafal Quran, buku kisah peribadi penghafal Quran memang sangat-sangat membantu dalam menaikkan motivasi untuk terus menghafal dan tekad me-murajaah. Seronok baca pengalaman Ustazah Syaurah - sebab pengalamannya lebih kurang - mungkin berbeza dengan diri ini sebab kita menghafal di usia 'matang', dia di usia muda. Namun ada kisah yang boleh di-relate - (spoiler) sibuk dengan socmed sampai tak mengulang bacaan, lupa sebahagian surah, ditebuk tak boleh jawab.. huhuu. Namun peribadi Ustazah Syaurah yang tekad bersama Quran sangat-sangat mengkagumkan. Ma shaa Allah, tabarakallah.. semoga Allah memberkati Ust Syaurah sekeluarga. Aameen.

Lepas baca buku ni, terus rasa.. O Allah, I want to be like her. Eventho not as exactly tapi nak punyai semangat seperti dia. Nak terus disibukkan dengan al-Quran. Sebagaimana kisah Ummi Sholih warga emas berusia 64 tahun yang berasa bertuah kerana dia menghafal al-Quran. "di saat teman seusia mengeluh kesah perihal anak tak balik melawat, kesihatan yang semakin menumpul, saya berasa lega kerana punya Quran menjadi peneman. Alhamdullillah." Ya, itulah tujuaan-nya - untuk terus bersama alQuran hingga ke akhir hayat. Di saat anak-anak telah 'terbang melebarkan sayap' atau suami dijemput terlebih dahulu mengadap Ilahi, saya mahu kekal bersyukur bersama Quran. Semoga harapan ini di-astajab olehNya. Aameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan