Bismillah Arrahman Arrahim.
10hari yang lepas, I turned 42 years old. Alhamdullillah atas nikmat mengecapi kehidupan sepanjang 42 tahun ini. Dan paling disyukuri adalah nikmat deen - kemanisan Islam dan Quran. Alhamdullillah.. tiada yang lebih didambakan selain untuk terus setia bersama Quran dilandasan Islam sebenar.
Ada pepatah menyebut, "Mereka yang mencari pasti menemui". Sungguh tidak dinafi. Jika kamu mencari kebenaran, maka kebenaran itu akan datang mengetuk pintu hati, dan jika kamu mahu dunia, bergolek-golek dia datang sujud ke kaki.
Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan app muhaffidh.app . MashaAllah, sungguh menbantu dalam murajaah, juga semasa menghafal hafalan baru. May Allah swt rewards abundantly to the app-creator teams. Aameen.
Dengan itu saya mencari-cari juga kot-kot ada dalam pasaran terjual blank-Quran (konsep sama seperti muhaffidh.app cuma dalam bentuk hardcopy). Dan saya bertemu dengan Quran tulis. MashaAllah, another good invention. Dulu saya pernah mencuba menulis sendiri Quran namun aktivitinya memakan masa, akhirnya projek tersebut terbengkalai. Di shopee banyak juga terjual Quran tulis ni, namun bila disemak, ternyata design mushaf nya berbeza dengan mushaf yang saya pakai - design lama bukan tulisan khat Shk Uthman Taha (jika nak tahu perbezaan mushaf boleh tengok surah Al-Kahfi - samada waqaf ayat 1 di baris yang sama atau dibaris berikutnya -yg baris berikutnya version baru khat Shk Uthman Taha).
Hasil pencarian di google ada satu Quran tulis yang menggunakan font Shk Uthman Taha - Tulis Sendiri Quranmu hasil terbitan Magrib Mengaji (note that most of this Quran tulis come from Indonesia). So di shopee dan lazada tiada mana-mana kedai yang menjual Quran tulis terbitan Magrib Mengaji. Frust juga sebab website bukulapak id kadang mereka tak post ke Msia. Google punya google, jumpa kat corousell Malaysia. Alhamdullilah.. dapat juga. Harga mahal sikit tapi ok la. Penghantaran cepat pulak tu.. Alhamdullillah.
So, this is considered my 42th birthday gift to myself. Alhamdullillah...
Semangat ni nak trace semula Quran. Semoga diberi kekuatan oleh Nya. Aameen.
Sebab saya menghafal Quran bermula dari surah An-Nas, jadi mula menyalin dari surah An-Nas. Hopefully bila khatam hafal surah Baqarah, seiring berada di noktah terakhir trace Quran. May Allah makes easy. Aameen.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan