Selasa, 6 Julai 2021

Ramadan dan Raya 2021

Bismillah Arrahman Arrahim.

Tahun ini kali kedua Ramadan dan Syawal disambut di rumah sendiri dalam keadaan kuarantin. 
Rindu emak ayah di kampung. Alhamdullillah juga sempat balik seminggu sebelum sekatan rentas negeri dilaksanakan (7 Januari 2021). 

So, cerita Ramadan. Alhamdullillah Ramadan selalu membawa perkhabaran yang gembira, dan selalu juga membawa perubahan pada diri. Last year, I dint recap any Ramadan stories - cuma yang sangat segar dalam ingatan adalah terawih berimamkan en.suami and somehow setiap malam, tatkala dia membaca kan surah2  the mind somehow can translate the arabic words to english, thus menjadikan saya faham apa yang saya dengar.  Ada tu, senyap-senyap teresak sendirian. Subhanallah, Alhamdullillah - berkat ilmu dari kelas Saut ul Quran yang ketika itu telah 2tahun turut serta. 

As for this year, saya kepingin sangat nak join tadarus Quran di masjid. Namun mengenangkan negara sedunia masih dilanda wabak, aktiviti sedemikian memang terpaksa ditangguhkan. Qadarullah, saya dapat invitasi dari Dar al zahra untuk sertai daily ramadan halaqa dan di-emel-nya juga turut menjemput sesiapa yang berpengetahuan dalam tajwid dan berkelapangan dalam 1jam sehari untuk conduct daily Quran session secara online. Subhanallah, pucuk dicita, ulam mendatang. Saya nak sertai tadarus Quran dan kini saya diberi peluang untuk menjadi koordinator (ustazah) untuk program sedemikian. Makanya, saya mendaftar dan tidak lama selepas itu, saya diberi 4orang untuk dijadikan 'pelajar' sepanjang bulan ramadan. 2 daripada mereka terpaksa melepaskan peluang atas alasan kekangan masa. Dan untuk mencukupkan kuota empat orang, saya jemput rakan-rakan sekolah namun tiada yang respon, mungkin atas alasan kekangan masa juga. Jenuh juga kepala fikir nak ajak siapa, kawan tak ramai macam ni la susah nya, dan kepala ni teringat pada kawan-kawan baby-wearing yang sama-sama surirumah. Mungkin mereka punya masa. Dan Alhamdulillah, kedua-dua Ito dan Liza (from snuggbaby) setuju untuk turut serta tadarus online. Makanya dari 1Ramadan ke 30Ramadan, setiap hari jam 9-10 pagi saya bersama dengan Ito, Liza, Masyitah dan Safiah (kedua ni dari Spore) baca Quran sama-sama, bermula juz1 hingga tamat juz30 dan diakhiri dengan doa Khatam. Subhanallah.. sungguh tidak disangka, tahun ni bukan saja dapat khtam Quran tapi dapat khtam dengan other sisters, dan bantu mereka sedaya mana. Alhamdullillah, atas nikmat yang tak terhingga dari Allah swt - nikmat kesihatan untuk dan nikmat masa untuk istiqamah dari 1 ke 30Ramadan. MashaAllah sesungguhnya bila difikir kembali tidak mampu jika hanya bergantung dengan kudrat sendiri.

Demikian, ramadan tahun ini saya dihadiahi pengalaman bagaimana perasaannya jadi Ustadza online, pengurusan masa, dan kelengkapan ilmu sebelum mengajar. Alhamdullillah, saya suka apa yang saya alami. One of the student want me to become her teacher even after Ramadan ended, namun terpaksa saya tolak. Saya mahu fokus kepada menghafal terlebih dahulu. Taknak jadi 'dikejar tak dapat, dikendong keciciran'. So kita buat satu-satu. In shaa Allah, ada rezki dariNya.. akan tiba masa, saya mngajar juga. Bukankah matlamat hidup ini untuk kekal bersama alQuran sehingga ke hujung nafas terakhir? Dan bagai terngiang-ngiang sabda Rasullullah saw, "Yang terbaik antara kamu adalah yang belajar dan mengajar Al-Quran". Itu motivasi, saya mahu jadi yang terbaik. Semoga Allah swt memperkenankan hajat hambaNya yang satu ini. Aameen.

Saya belanja gambar Aidilfitri 2021. Anak sulung dah besar, dah tak nak bergambar. Jadilah hanya gambar kami 5beranak:


Gambar kenangan dengan Liza dan Ito masa diorang datang majlis akikah Hamza sempena pernikahan Sya 15mei 2005. Tahun ni sebulan kita spend time masa sama-sama baca alQuran. Alhamdullillah.





Terima kasih Allah.
Atas segalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan