Bismillah Arrahman Arrahim
Kisah kali ni tribute to my quran buddies. Kami tak pernah bersua muka. Masing-masing adalah stranger pada diri masing-masing. Hanya disatukan dengan misi yang sama - iaitu mahu menghafal Quran. Mereka adalah Ein dari Indonesia yang saya kenal dari whatapps sobatQuran, Salima berasal dari India namun menetap di Dubai, yang merupakan classmate Halaqa Qmn, dan Kak Mila, malaysian yang menetap di Oman, classmate tmea. Alhamdullillah atas hadiah tak ternilai dari Allah ini.
Kami 'bertemu' hampir setiap hari: Ein selepas subuh, di mana biasanya saya recite pada dia new sabaq, yang baru dihafal, dia juga recite new sabaq, dan kadang kala jika pagi tu kami tak sempat hafal apa-apa atau hafalan masih longgar, kami baca surah-surah lama untuk dimurajaah. Sessi bersama Ein ni penting bagi saya. Sebab biasanya hafalan baru memang saya baca pada Ein dulu sebelum dibawa ke kelas Qmn. Dan berkat waktu pagi lepas subuh, sekiranya ada sebarang pembetulan in shaa Allah, saya senang ingat. Alhamdullillah, sessi bersama Ein ni bermula sejak pkp1.0 dan kini dah masuk setahun setengah kami masih setia bersama. Semoga hubungan persahabatan antara kami ini diberkati Allah, dan diteruskan sehingga kami sama-sama selesai menghafal Quran. Aameen.
Kak Mila dan Salima, dua-dua memainkan peranan penting dalam membantu murajaah saya - bagi soalan tebuk-tebuk pada mana-mana surah yang dah direvise. Jadi saya ada target harian, setiap hari kena ada surah untuk direvise, sbb nnt ada sessi bersama buddy. Mereka menjadikan saya termotivasi untuk mengulang hafalan. Mengulang secara luar kepala, bukan sekadar membaca dari mushaf sepintas lalu. Alhamdullillah.
Saya suka sistem buddy sebab it have give and take. Saya tanya tebuk-tebuk mereka, dan mereka tanya tembak-tembak saya semula. Tak de istilah segan jika ada kesalahan. Masing-masing berniat untuk belajar dan ikhlas kerana Allah swt.
Jika anda ingin mencari buddy, di sini saya senaraikan tips (yang saya gunapakai):
1. Jika dalam halaqa yang sama, cuba cari (approach) individu yang baca sama surah dengan kita. Supaya kita boleh sama-sama belajar dan tak merasa kita lebih bagus dari dia. Ini kaedah yang saya gunapakai masa approach Salima jadi buddy. Alhamdullillah, dia setuju dan seronok partner bersama. Masa murajaah mostly waktu kelas, bila dah habis turn masing-masing tasmik dengan Ustadza.
2. Jika dalam halaqa yang sama, cuba cari (approach) individu yang bacaan nya bagus bertajwid. Ini point penting sebab bagi saya, saya taknak dikemudian hari saya mula menukar peranan, kena jadi 'cikgu' dia dan apabila dia mendengar bacaan kita, dia pula tak pasti samada kita ni baca benar atau tidak. Ini kaedah yang saya guna masa approach Ein untuk jadi Quran buddy. Saya suka dengar bacaan dia yang penuh tartil dan jelas.
3. Satu lagi jika dalam halaqa yang sama, boleh tengok attitude kawan tu - jenis masuk kelas awal/lambat, suka absent/full attendance, ikut je kata ustadza/suka argue. Ini penting sebab itu gambaran attitude seseorang. Jika banyak minus point, better cari yang lain sbb kita tak nak semangat kita turut merumdum disebabkan aura negatif dia. Yelah, kita dah semangat tunggu dia jam 10pagi, then 10:02 dia mesej tak dapat turn in sebab yada-yada. Huhuu..
4. Buat rules yang jelas. Dengan kakMila dan Salima, kami beri masa 15min setiap sorang, jadi total masa adalah 30minit, manakala dengan Ein setiap sessi biasanya tak lebih 15minit. Ini penting untuk respek pada kehidupan masing-masing. Setiap kita ada urusan lain yang perlu dilaksanakan, jadi 15/30minit ini waktu crucial jika sekadar untuk diisi dengan sembang-sembang kosong. In shaa Allah, kita sembang panjang-panjang nanti di syurga kelak.
5. Dan perkara terakhir yang tak kurang pentingnya, jika kita dah mencari buddy, kita mesti juga mesti menjadi buddy yang baik. Hormat masing-masing dan accept each and everyone flaw. Bila nak 'berjumpa' tu, buat macam nak jumpa Guru, mesti bersedia. Surah apa yang nak di-revise, sedia siap-siap. Jangan sekadar menyerah, bila ditembak habis hancur.
Rasanya, itu sahaja nak cerita tentang buddy. Jika ada peluang bertemu dengan mana-mana teman menghafal Quran, jika rasa dia punya ciri calon yang sesuai, jangan malu approach dia. Rezeki kita jika dia punya masa untuk jadi Quran buddy kita. Dan bila dia dah kata "ya", grab the opportunity, respect the person especially masa dia. Jangan bila dia dah setuju, kita pulak jadi banyak beralasan. Masa ni saya nak tidur, masa ni pula masa saya nak berehat.. huhuu. Mereka yang datang adalah mereka yang dikirimkan oleh Allah swt berkat dari doa kita titipkan, "Wahai Allah swt, mudahkan lah perjalanan aku nak menghafal Quran-mu ini, ya Allah."
Kena banyak bersyukur, kerana 'jika kamu bersyukur, Aku tambahkan lagi nikmatKu padamu', firman Allah di surah Ibrahim ayat7.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Alhamdullillah ya Rabb alAlamin.
Khamis, 8 Julai 2021
Quran / murajaah buddy
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan