Isnin, 26 Julai 2021

Quran Tawafuq

Bismillah Arrahman Arrahiim


Ada banyak adat Melayu yang masa kecil dulu tak faham kenapa ianya berlaku. Namun bila dah matang dan belajar barulah faham kenapa sesuatu perkara dilakukan untuk mengiringi sesuatu perkara: Seperti buah tangan telur ayam di majlis orang kawin, ia bersimbolikkan memohon doa agar perkahwinan mempelai diberkati dengan zuriat; seikat gula pada majlis tahlil atau kematian, memohon kepada mereka yang hadir berbicara perkara yang manis-manis sahaja berkenaan arwah dan yang sering menjadi tanda tanya adalah kenapa dapat hadiah Quran (berserta kain batik atau telekung - ikut bajet pengelola😆) pada majlis khtam tadarus Quran? Walhal baru sahaja habis membaca senaskah Quran yang isi nya tidak berubah sejak 1400 ribu tahun lampau. Erm.. Itula dianya adat dengan maksud tersirat, supaya kita termotivasi untuk membaca Quran ‘baru’ dan mengkhatamkan nya secara mandiri tidak lagi bersama halaqa.

And since we manage to complete whole recitation this Ramadan, I bought myself a new Quran. Sebab utama, memang jatuh cinta sangat dengan Quran cetakan Turki ni. Dah ada yang saiz besar so beli saiz yang kecil sikit supaya mudah mobil. Quran ni namanya Quran Tawafuq. Sesiapa yang berminat nak hafal Quran, memang recommend la this type of mushaf sebab kebanyakan kalimah yang sama tersusun pada baris yang sama - sangat membantu bagi mereka yang menghafal dengan kaedah photographic memory.

Namun untuk saya bertukar kepada Quran ni, memang tidak lah jawapan nya. Adalah agak kurang siuman setelah menghafal 11juz kemudian bertukar mushaf pula. Quran yang sediaada (quran madinah Telaga Biru), in shaa Allah akan kekal bersama sehingga bacaan nya mutqin. Lagi pun Quran tulisan madinah ni dah macam universal, most apps are using it especially app muhaffidh.app. Oh, I really fall in love with this simple apps. Nantilah, saya buat review tentang apps ini. In shaa Allah.

Gambar Quran tawafuq :
Perhatikan susunan kalimah fabiayyi3alaai rabbikuma takdziban pada Surah ArRahman. Ayat yang sama tersusun sebaris. Mashaa Allah. 


Sekian perkongsian. Semoga bermanfaat.
InshaAllah jumpa lagi di post yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan