Selasa, 27 Julai 2021

Seputar Covid19

Bismillahi Arrahman Arrahiim

Hampir semua aktiviti kelas resume bermula minggu ini. Tmeag, khayrukum dan buddies session, kecuali halaqa quranMN yang masih bercuti (eid + semester break).

Aktiviti buddy dengan kakMila berjalan seperti biasa. Sessi bersama Ean bermula hari ini. Pelik juga sebab kami jarang cuti lama-lama. Bila ditanya, rupanya Ean disahkan positif Cv19. Tersentak juga bila mendengar. Berderai juga airmata (cant help, saya memang hati tisu). But everything is good, according to her. And she's on the road of recovery. ya Allah, semoga semua nya baik-baik sahaja. 

Dalam minggu lepas dok dengar program sembang santai dengan Praf Harlina dan Dr Norhafizah Musa. Prof cakap jangan mimpi la nak kembali ke kehidupan 2019. Kita dah memasuki norma baru yang mungkin akan berlangsung kira-kira 5tahun. Huhuu.. But thats what I feel too. Bila dengar orang cakap "setahun dua tahun hilang la penyakit ni- penyakit ni mcam selesema jer, lama-lama jadi normal", dalam hati saya terdetik berkata Tidak. Sedangan kan kemarau di Mesir pun ambil masa 7 tahun (surah Yusuf), I believe this virus will stay around longer than that. Sejarahnya, setiap abad akan mengalami satu malapetaka yang besar. Jika kita sembang dengan tok nenek kita, mereka mesti akan bercerita tentang perang dunia, pendudukan Jepun - yang mengakibatkan seluruh dunia mengalami efek. My guess is when we old we will have the story of Cv19 to tell to our grandson/daughter. 

Dalam satu rancangan tv, ada satu Dr ni mengeluarkan statement, "Allah takan menurunkan penyakit, tanpa menurunkan penawarnya sekali. Jika penyakit itu datang di Malaysia, maka penawarnya ada di Malaysia. Tumbuhan herba yang tumbuh di malaysia mungkin boleh bertindak sebagai penawar kepada CV19". Well, apa yang dia kata tak kurang betulnya, tapi, pendedahan dibuat menyatakan bahawa penyakit ini virus Corona ini dimutasikan dan diubah struktur RNA-nya di makmal sebagai satu kajian perubatan. Tujuan nya, menurut dokumentari tersebut adalah untuk mencari penawar bagi "supervirus" seperti itu, atau mungkin juga sebagai bioweapon.





Wallahu3alam.. Tapi dalam kepala ni dok teringat-ingat sangat akan ayat 41 surah Rum.

Corruption has appeared throughout the land and sea by [reason of] what the hands of people have earned so He [i.e., Allah] may let them taste part of [the consequence of] what they have done that perhaps they will return [to righteousness].



Wallau3alam.. bak kata Shk Hamza Yusuf penyelesaian bagi masalah yang berlaku di dunia ini ialah global taubah. Sebab nya, we create the own mess. Alah swt takan bagi penyelesaian mudah kecuali kita kembali kepada-Nya dan memohon keampunan. Subhanallah..

Semoga Allah melindungi kita dan keluarga dari ancaman penyakit-penyakit berbahaya, penyakit hati dan yang terpenting sekali adalah menjadi berubah menjadi kufur terhadap Nya tatkala diuji dengan musibah. Aameen. 

Stay safe everyone, and keep your gratitude. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan