Sabtu, 31 Julai 2021

Building habits

 Bismillah Arrahman Arrahiim

Alhamdullillah atas keberkatan masa, saya baru selesai membaca buku Goodbye, Things by Fumio Sasaki. Hajat hati nak baca buku Hello, Habits tapi tak available lagi di Scribe so I just read his 1st book. Overall bacaan yang sangat puas hati, I'll review that book later, in shaa Allah. So habis baca satu buku tu, Scribe suggest I read buku Zen Habits. I click ok and for the 1st 20pages, it is seemingly interesting, still on going reading because I have habits issues and tengah mencari jalan penyelesaian kepada masalah itu.

Jadi apa masalah nya? 
Masalah nya ialah I always feel overwhelmed. Rasa terkejar-kejar- nak murajaah, nak menghafal, my buddies sessions, classes (my classes, my kids online-classes), house-chore.. I've made timetable, namun mungkin kerana anak-anak pdpr, jadi tak dapat nak 100% follow the schedule, sbb nya menjadi p.a. kepada anak-anak ni, kita jadi payah nak fokus. There's a time i was busy with my murajaah, and sedar-sedar anak kelas dah start 30min yang lalu, and he/she late to class by 30min. Adoii.. fail mak ni. Huhuu..
Apart from that: ok. jadual dah buat. So now is time for murajaah. Baru duduk baca 3ms otak dah penat. Rasa macam berperang dalam dada between stay to revise and nak buat benda lain. Ada kala, diri menang, ada kala nafsu jadi juara. Huhuu. 

So, dari intro buku Zen Habits, dia cakap otak kita ni terbahagi kepada 2. Half is matured brain and the other half is childish brain or according to Shk Muhammad AlShareef, a toddler brain. A childish / toddler brain is part of us yang cepat rasa jemu dengan apa yang sedang kita buat and try to seek some entertainment or doing other things that is more enjoyable. Otak ni kiranya suka nak bagi alasan and would like to go against our will. Macam kita nak pergi jogging,  first day kita semangat, dan sebab toddler brain ni tak tahu apa kita nak buat, so dia pun ok jer. Second day, toddler brain ni dah tahu this word jogging makna nya nak kena berlari jauh, so dia bagi alasan, nanti penat. But kita counterback dengan cakap, takpe, malam ni boleh tidur lena. The next day, toddler brain akan mencipta alasan baru. Sehingga akhirnya toddler brain akan convince pada kita yang aktiviti jogging ni boring la, tak enjoy. Dan kita pun akan berhenti berjogging sebab dia telah berjaya meyakinkan badan kita bahawa aktiviti ini menjemukan.  

Jadi bagaimana cara nak serius dalam buiding habits ni? Jawapannya mudah.. kita kena jinakkan toddler brain. We have to feed this toddler brain with the things that he likes in order for him to follow our will. Saya pernah suatu masa bercita-cita nak keep fit dengan aktiviti berjogging. Siap beli threadmills bagai nak bagi semangat pada diri. Sejujurnya, jogging bukan la aktiviti yang saya suka sebenarnya. Terkenang akan aktiviti UDTA zaman sekolah yang menyiksa jiwa raga. Well, walaupun tak suka, I managed to survive jogging nearly a year juga, until I have to give up sebab sakit lutut. What I did was, jogging is equivalent for the time to watch tv or youtube. Ada kala jogging juga disertai dengan membaca buku. I liked our threadmill ada macam bench dengan screen monitor boleh letak tablet atau buku, to be enjoyed while jog. Alhamdullillah. So now I opt for tennis. And subhanaallah I really love this exercise. Sometimes I even bribed my toddler brain with 'ok cepat-cepat kita murajaah, lepas ni boleh main tennis'. And yes, semangat murajaah sungguh-sungguh mengenangkan nak main tennis lepas tu. 

So begitu lah.. Tak habis lagi baca buku Zen habits tu. Tapi dah semangat nak bercerita. Sebenarnya terbaca soalan 'bagaimana nak istiqomah baca Quran hari-hari?'. So saya rasa ini antara jawapannya. Tackle your toddler brain, tame him, or bride him whatever, and you will be able to do what you want to do everyday tanpa perlu ada rasa peperangan dalam hati. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Maaf la, bahasa campur aduk. Saya pun tengah build habits in writing. Tengah mencuba untuk menulis setiap hari dalam 10min. Itu yang kadang ada typo and tulis pun bahasa rojak sebab tulis je apa yang tengah terfikir di minda. Kita bersenam untuk menjaga kesihatan fizikal, dan untuk kesihatan minda atau kesihatan otak, antara senaman nya adalah menghafal, mengulang-ulang membaca info dan menulis. Saya sedang cuba untuk terus menulis, sebab dalam sebulan saya update blog, saya rasa fikiran saya berupaya untuk lebih fokus. Alhamdullillah. Lahawla wala quwatailla billah. Semoga diberi kekuatan oleh Nya. 

Terima kasih kerana membaca. Jumpa di post yang lain, in shaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan