Isnin, 2 Ogos 2021

Kaedah menghafal Quran kuat hafalan dan tidak lupa

Bismillah Arrahman Arrahiim.

KakMila was asking me on any hifz method as mentioned above on the title. I dont really follow any specific method either, but then teringat akan kaedah yang diterangkan dari buku Revolusi Menghafal Quran, which I've done reading in 2018. Buku RMQ ni lebih kepada menghafal 1ms/sehari sebab target dia adalah untuk selesai khatam Quran dalam masa 3 tahun. Memandangkan kami ibu-ibu surirumah lewat usia ni masih dalam pencarian teknik cepat dan mudah menghafal Quran semuka sehari, maka kami opt untuk menghafal separuh muka sehari.

Ok, kaedah nya begini:
Let say, we start with Surah albaqarah. The first page is consider like 1/2 page sebab 5 ayat sahaja. Untuk method ini, waktu hafal quran ialah waktu tahajud atau waktu fajar. So kita hafal 1st 5 ayah. Then akan repeat 5 kali dalam sehari - lepas solat dhuha, zhur, asr, magrib dan isya.

Esok nya, 2nd day, waktu fajar kita hafal new 1/2 page. That would be ayah 6-11. Ayah ni akan direpeat sama macam waktu semalam. lepas solat dhuha, zhur, asr, magrib dan isya. What happen to ayah 1-5 semalam? Yang itu akan dibaca di dalam setiap solat fajr-isha. Rakkat pertama 1-5. Rakaat kedua boleh baca dr juz naba yang kita dah hafal. Waktu mgrb ke isya, aktivitinya special sikit. Kita akan baca dari ayah 1-11. Berulang-ulang baca sementara menanti masuk waktu isya, nak bagi strong.

Next day 3rd day. Kita kan hafal ayah 12-16. Baca semula selepas waktu solat dhuha, zhur, asr, magrib dan isya.. Ayah 1-11 bole bawa dalam solat. Rakkat 1st ayah 1-5, and rakkat 2nd ayah 6-11. Masa magrib ke isyak. Baca dari ayat 1-16.

4th day. Hafal 17-20. Ulang setiapkali habis lepas solat dhuha, zhur, asr, magrib dan isya. Ayah 1-16 masuk dalam solat. Lepas magrib baca ayah 1-20.

5th day. Hafal 21-24. Ulang setiapkali habis lepas solat dhuha, zhur, asr, magrib dan isya. Hari ni lain sikit sebab ayah 1-5 dah discard. Tak baca lagi dah. Baca ayah 6-20 dalam solat. Lepas magrib ulang ayah 6-24.

6th day. Hafal 25-26. Ulang setiapkali habis lepas solat dhuha, zhur, asr, magrib dan isya. Ayat 6-11 dah discard. Ulang baca ayah 12-24 dalam solat. Lepas magrib baca ayat 12-26.

Day 7th. Consider today is Friday. So off day. Tak hafal mana-mana ayah baru. Mengulang je. Samada dengan cara baca masuk dalam solat atau baca lepas solat, dari ayah 1-26. Kira ada 5kali ulangan dalam satu hari.
 
Day 8th. Balik kepada schedule hafalan. Hafal ayah27-29. Ulang setiapkali habis lepas solat dhuha, zhur, asr, magrib dan isya. Ayah 12-16 dah discard. Maknanya dalam solat cuma baca ayah17-26. Lepas magrib baca ayah17-29.
 
Setelah dapat 5page (1/4 juz). Rehat hafalan. Untuk hari ni cuma ulang baca ayah 1-43 (ada tanda star dlm mushaf). Ulang baca 5x - baca dalam solat atau lepas solat.

Tips hafalan berkesan:
1- Sebelum hafal buat brain warming up - baca surah pendek dalam 5min. Then baru menghafal.

2- Ayah yang diconsider dah hafal adalah ayat yang boleh baca diluar kepala dengan lancar tanpa tersangkut bacaan atau ragu-ragu. make sure masa menghafal dah betul-betul paku hafalan - bacaan nya benar tidak terbata-bata.

3- Dalam buku RMQ, yang disyorkan adalah 1ms perhari. Keadah di atas, saya twik jadi 1/2ms perhari. Jika 1.2 ms terasa terlalu berat, boleh guna kaedah 5 baris (1/3ms). Hafal ikut kemampuan. Yang pentingnya hafal cantik. Bukan tersangkut-sangkut tak pasti apa selepas apa.

4- Hari Jumaat biasanya off day hifdh. Guna hari ini mengulang hafalan + dzkir + selawat dan AlKahfi.



Revolusi Menghafal Quran - Shk Yahya Abdul Fattah


Table yang ada dalam buku tersebut

Terima kasih kerana membaca.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan