Jumaat, 6 Ogos 2021

Menghafal Quran - hadiah untuk ibu bapa

 Bismillah Arrahman Arrahiim

Lewat beberapa hari yang lepas, Ensuami bercerita tentang majlis persaraan salah seorang boss nya. Memandangkan Malaysia masih dalam MCO, maka majlis tersebut 'disambut' secara online. Apa yang menarik ialah intipati ucapan perpisahan boss tersebut. Macam biasalah, ucapan akan berkisar tentang kenangan menarik sepanjang bertugas, perasaan untuk bersara dan diikuti dengan rancangan masa depan, apa nak buat lepas bersara.

Menurut Ensuami, boss dia ni patut dah bersara 5tahun yang lepas, namun dilanjutkan kontrak. Dia kata dia tak nak pun sambung kerja sebab jika boleh dia nak jaga mak dia, namun mak dia yang suruh dia sambung dan berikutan kematian emak nya 4bulan yang lepas, dia ambil keputusan untuk berhenti berkhidmat. Dalam menceritakan rancangan masa hadapan beliau, dia pun bercerita juga tentang apa yang telah dilakukan sambil berkhidmat dengan kompeni. Sesambil bekerja, cuti hujung minggu, beliau isi dengan belajar ilmu agama. Dalam 3-4 tahun secara part-time dia berjaya mendapat Diploma in Islamic Studies. Dan dia juga bercerita, salah seorang dari Shk nya bercerita tentang seorang budak dari Yemen yang dihantar oleh ibu bapa nya untuk belajar Al-Quran. Alhamdullillah, budak tersebut berjaya menghafal al-Quran setelah 3 tahun, dan guru nya excited nak bagitau ibu bapa budak tersebut tentang pencapaiannya. Namun budak tersebut bagitahu pada gurunya, 'jangan beritahu ibu bapa saya'. Guru dia pu kehairanan tanya 'kenapa?' Dan budak tersebut kata dia nak surprise emak ayah nya nanti di akhirat. Dan saya yang mendengar cerita ni, terus ada 'jaw-drop moment'. 

"Kemudian kedua orang tuanya, dipakaikan dengan pakaian yang lebih indah daripada dunia dan seisinya." Kedua orang tuanya berkata,"Apa yang menyebabkan kami mendapatkan hal ini ? Kemudian dikatakan kepada keduanya,"Karena anak kalian berdua membaca Al-Qur'an." Hadits ini diriwayatkan oleh Imam al-Thabrani dalam Kitab al-Mu`jam al-Kabir, dan Imam al-Baihaqi dalam kitab Syu`ab al-Iman.


Sambung semula cerita boss ensuami tadi, so itu lah plan dia.. masa bersara ni dia nak cuba manfaat kan dengan menghafal Al-Quran, sebab menurutnya, sepanjang hidup, alhamdullillah, dia dah dapat berkhidmat dengan baik untuk mak-ayah dia dan dia mahu sambung memberi hadiah yang terbaik untuk kedua ibubapa dia di akhirat nanti. Btw, boss ensuami ni umurnya 61 tahun.

Begitu lah kisahnya. Kagum saya mendengar. Saya yakin dia akan berjaya menghafal alQuran. Semoga dipermudahkan oleh Nya. Semoga kisah ini juga menjadi inspirasi untuk kita terus atau mula menghafal alQuran sebagai hadiah kebahagian ibu ayah di akhirat kelak. 

Terima kasih kerana membaca. Jazakallahu khyran.
Semoga bertemu di post akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan