Bismillah Arrahman Arrahiim
Selamat Tahun Baru Islam 1443. Bila masuk tahun baru gregorian kalender, kita biasa menyibukkan diri dengan azam-azam yang mahu kita kecapi pada tahun tersebut. Jadi tahun ini, saya ingin ubah sedikit strategi dengan memulakan azam baru yang segar tatkala memasuki tahun hijrah yang baru. Idea ini saya kutip dari buku Joy Jot tulisan Dr Tamara Gray. Tahun sebelum ini Dr Tamara ada buat whatapps/telegram group untuk buku Joy Jot, tak pasti untuk tahun ini. Rasa nya masih ada.
Buku ini menampilkan 52 chapter sekaligus merujuk kepada 52 minggu dalam setahun. Setiap bab merujuk kepada perkara yang berlaku pada sekitar minggu tersebut berdasarkan kalender Islam dan perkara yang mungkin kita boleh reflek dan juga projek yang boleh kita lakukan untuk minggu tersebut. Alhamdullillah, ia memberi idea kepada saya untuk mencatat perkara perbincangan dari pandangan kaca mata saya ke dalam blog ini. In shaaAllah 52 blog post (51 sebab tolak yang ini yang pertama) akan menyusul setiap minggu untuk setahun 1443 ini.
So, azam tahun baru 1443. Azam saya agak cliche tapi itu lah, niyat yang dipegang agar selalu hampir kepada Allah keranaa hidup ni pun setiap hari semakin menuju ke arah nya (kematian semakin hampir).
1. Saya mahu manfaat kan waktu pagi saya. Alhamdullillah, selama ini pun waktu pagi adalah waktu emas untuk saya murajaah Quran, menghafal dan bertafakur kepadaNya. Cuma itulah, bila masa bendera merah datang, terus amalan pagi itu terbuai dihanyut mimpi indah. Rasa sayang sangat sebab waktu pagi tu memang the best time - anak2 tidur dan ianya cuma eklusif saya bersama Quran. InshaAllah untuk tahun baru ni, saya akan berusaha melawan nafsu.
2. Quran. Azamnya:
i. nak tilawah dan khatam setiap 2 bulan. Sebaiknya khtam pada setiap bulan. namun, komitment menghafal dan murajaah perlu diberi penekanan juga. Tilawah terutama surah yang belum dihafal pada saya memang mengasyikkan. Untuk surah yang telah dihafal saya lebih prefer baca sambil-sambil mengembalikan ingatan. Maka kadangnya agak mengambil masa. Jadi kita target 2 bulan. Biar sedikit tetapi terlaksana. In shaa Allah.
ii. Menghafal, Alhamdullillah semakin baik. Saya rasa saya dah jumpa teknik yang sesuai dengan diri. Kira dalam 20 minit boleh hafal 1/2page dengan bacaan yang baik, tidak keliru atau terbata-bata, Alhamdullillah. Lahawlawala quwatailla billah.
iii. Murajah 10ms setiap hari + surah yang baru selesai dihafal. Sebab surah baru perlu lebih perhatian. Jika tidak diberi penekanan bisa terbang tidak kelihatan bayang mukasurat nya di kepala. Huhuu..
3. Kesihatan diri perlu dijaga juga. Jadi inshaa Allah akviti senaman harian diteruskan, samada bertennis atau berjalan di sekitar kediaman selama 40min. Seronok juga berjalan sebab dapat spend masa dengan anak-anak. Cuma tak tahan nya, anak-anak lepas jalan request pergi kedai nak beli aiskrim. Berat pun nak kurangkan sedikit lah.. now is 65kg, mebe dihujung tahun boleh dapat balik berat ideal 58kg.
4. Yang ni pun tak kurang pentingnya: Yahya mesti by end of this year dah khatam iqra dan boleh baca Quran. Permudahkan lah ya Allah. Aameen.
5. In shaa Allah, blog ni pun akan kembali aktif dengan post baru setiap minggu untuk sepanjang tahun.
Semoga Allah permudahkan segalanya. Kita merancang, dan Allah juga punya rancangan yang lebih baik untuk kita. In shaa Allah ketemu di post yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan