Bismillah Arrahman Arrahiim.
Visual memory and method for revision.
In shaa Allah, bulan Sep ni, saya akan menduduki 2 xm: Tmeag 10juz - dari Surah Qasas ke alMursalat dan Khayrukum 8juz- dari surah Yasiin ke Annas. Doakan yang terbaik untuk saya. Alhamdullillah, proses ulangkaji giat berjalan dan terima kasih kepada my quran buddies yang banyak membantu Alhamdullillah.
Saya nak bercerita sedikit tentang cara hafalan saya dan kaedah ulangkaji yang saya fikir sesuai untuk mereka yang 'sealiran' dengan saya. Setelah hampir 5tahun menghafal Quran, Alhamdullillah, saya dapat menilai diri sendiri dan sedari bahawa saya merupakan pelajar jenis visual. Menghafal dengan membaca mushaf ghaib dalam kepala. Ada hari bacaan sangat lancar, di mana boleh nampak jelas mukasurat Quran dalam kepala, dan ada hari bacaan terbata-bata bilamana mushaf dalam kepala nampak samar-samar. Jadi, bila dah nak xm ni, rasa risau sangat. Takut mushaf tak kelihatan di benak fikiran.
Btw, nak cerita jugak, 2 bulan yang lepas, saya join course Quran Speed Memorisation (QSM) by Rabata. Alhamdullillah, kursus ini menggabungkan keadah penghafalan visual dan audio, dimana setiap hari kita dikehendaki 'mindread' atau quantum reading the whole quran in 15min or less. Buat 2kali sehari, pagi dan petang. Dan malam sambil tidur dikehendaki dengar the whole quran (bacaan hadr 8jam khatam). Course nya similar to this course - Quran Memorization Course. A proven system to do it easy NOWThis Online Quran Memorization Course is developed to be100% Practical system.Memorizing the Quran in short time is easy. Kursus di udemy ni saya dah pernah ikuti dan masa tu sebab baru je lagi menghafal Quran (waktu tu masih menghafal di juz29), i feel that i dont really grab the method properly. Skeptikal pun ya jugak sebab the instructor kept on mentioning that we will be able to complete memorising the whole quran by months. Huhuu.. rasa overwhelm sangat. But then bila dah join QSM, barulah I understand the right method. The idea to khatam Quran by quantum reading twice a day is to exercise our eyes to be easy with the quran calligraphy and listening Quran while sleeping is for us to get use with the language and may it will be easy to be uttered on our tongue. After all, memandang dan mendengar Quran ini adalah kegiatan berpahala walaupon kita tak memahami sepatah butir kata.
Berbalik kepada keadah ulangkaji tadi: persoalannya bagaimana nak ulangkaji sebab kita nak bagi nampak mukasurat tu.. dari surah Qasas ke surah Annas, ada dalam 220 ms yang perlu dikelihatankan dalam minda supaya dapat membaca dengan lancar tidak tersangkut-sangkut. So this is the tips that was shared by Ustadza Samia, when I complained to her that I'm having hard time in murajaah, fokus juz26, juz27 dah hampir keterlupaan.. macamana nak ingat? Ust suggested: revise a juz while listen to Shk. Mata fokus pada setiap huruf manakala telinga buka luas-luas mendengar setiap patah kata. Dan yang penting dalam proses ini ialah - mendengar Quran dalam nada hadr / nada laju, sebab 1. tujuan utama adalah untuk menguatkan ingatan muka surat, 2. untuk mengekalkan tahap fokus.
So saya mula mencari-cari siapakah qari yang membaca laju. Mula tu, saya opt pada Shk Wadood Haneef. Bacaan nya memang laju, kurang 40min boleh habis satu juz, cuma recordingnya, terlalu kuat echo-nya, mungkin dirakam semasa solat tarawaikh. Jadi bacaan nya tak crips. Dan baru ni saya ditemukan dengan Shk Maher Shakhashero. Alhamdullillah, bacaan ini lebih jelas, dalam 45min boleh habis satu juz. So alhamdullillah, untuk hafalan yang dah strong, boleh revise baca sambil dengar sajaha untuk mengembalikan kekuatan mukasurat di minda. Bagi surah yang masih tak jelas kelihatan, itu perlu lebih banyak masa ulangkaji untuk bagi lebih strong.
Begitu la.. kisah kaedah ulangkaji. Sebenarnya tiada method khusus cuma, perlu lebih pengorbanan untuk lebih masa berlama-lama dengan Quran. Ulang dan terus mengulang. Cerita sampingan, saya dok menonton vlog Dato Azizulhasni Awang, perjalanan beliau sebagai seorang pelumba basikal. Apa yang saya dapati, beliau memang tekad dan berdisiplin dalam latihan harian. Bangun pagi, before anything, 1jam praktis basikal dulu, dalam satu hari praktis basikal dalam 4-5jam, makan minum kena jaga untuk maintain stamina, tidur kena tetap - pendek kata, hidup memang penuh disiplin. Sama macam Ustadza Farihah Zulkifli hafizhatullah kongsi cerita bagaimana menjaga hafalan-- setiap hari paling kurang 4jam revise Quran. Michelle Phelps perenang yang menang 8 pingat emas Olympic Beijing pun menyatakan yang dia berada di kolam renang 6jam setiap hari 7 kali seminggu. Tiada waktu rehat. Dan satu perkara yang sama antara ketiga-kita cerita ini ialah, mereka memang minat dan enjoy dengan apa yang mereka buat. Dan mereka buat dengan ehsan dan itqan. Buat yang terbaik.
Well, memang termotivasi lah baca cerita-cerita begini. Kadang kita nampak how successful one person is and overlook apa yang dia buat to be at his/her level now. Semua kena ada kerja keras. Tiada shortcut untuk berjaya. Mana-mana perkara yang dilakukan dengan ehsan dan itqan, pasti akan berbunga dan membuah. Ayuh, kawan-kawan.. mari kita sama-sama bangkit lawan kemalasan. Usaha giat untuk capai apa yang kita hajati. Doa, usaha, tawakal. Semoga Allah memberkati. Aameen. #hafalquran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan