Isnin, 16 Ogos 2021

Joy Jots #2 - A friend like "Umar

Bismillah Arrahman Arrahiim


Week #2 for Joy Jot's jotting. Kisah minggu ini adalah tentang sahabat dan hijrah. Sahabat yang baik yang membawa kepada kebaikan dan penghijrahan diri dari keburukan kepada kebaikan. Bercerita tentang sahabat, sadly to mention, saya kini memang tak ramai kawan. Kawan-kawan sekolah, universti dan tempat kerja lalu telah lama ditinggalkan. Saya selalu merasakan bila bersama kawan-kawan lama, saya kembali terkenang kepada diri saya yang dahulu, yang jahil dan penuh dosa. Bukanlah merasa terhina dengan keberadaan mereka bersama saya, cuma saya bagai dihantui dengan kenangan lama. Kenangan lama yang seboleh-bolehnya saya tidak mahu menoleh kembali. Bukan melupai secara total kerana kisah lalu banyak mengajar saya untuk menjadi manusia humble- kerana kamu penuh dosa jadi jangan merasa dirimu bagus. Saya doakan yang terbaik buat kawan-kawan saya, semoga mereka memahami pilihan peribadi saya dan tidak merasa disisihkan. Saya masih Neeza, mungkin kini berbeza dari sudut penampilan dan peribadi, namun itulah kehidupan, seboleh-bolehnya kita berubah menjadi lebih baik dari semalam. Kerana seperti yang saya nyatakan dalam post sebelumnya, setiap denyut nadi kita ini semakin hampir mendekati Ilahi. Kita mahu tampil lebih cantik dihadapanNya, semestinya.

Hijrah. Perkara penting yang diperlukan untuk penghijrahan adalah pengorbanan. Tidak keterlaluan jika saya mengintipatikan hijrah itu sebenarnya adalah pengorbanan. Meninggalkan keselesaan alami untuk sebuah cita-cita. Setiap hari, waktu kita semakin suntuk. Apakah hijrah yang boleh kita lakukan yang dapat meninggalkan kesan positif pada sekeliling? Soalan ini awalnya sukar untuk saya jawab. Sebagai ibu surirumah, kadang saya merasa banyak personal handicap. Hendak melakukan volunteering social work, saya merasakan banyak kekangan. Kekangan tenaga, masa dan wang. Saya selalu merasa kan bahawa Quran itu adalah sole-source, satu-satunya sumber mudah untuk saya menjana pahala. Dan Alhamdullillah, the more we learn, the more we know, and the more we know, the more we're able to handle most situation. Nabi Muhammad, rasullullah saw kesayangan kita bersabda, "Amalan yang baik yang disukai oleh Allah swt adalah yang sedikit namun dilakukan dengan berterusan". Quran menyatakan ubat kepada keresahan jiwa adalah sedekah (2:274). Dan Quran turut menyatakan bahawa terdapat segelintir antara kita, yang bila dibangkit di masyar, memohon merayu kepada Allah untuk kembali ke dunia walau sebentar supaya mereka boleh melakukan amalan sedekah (63:10). Alhamdullillah, terima kasih tak terhingga kepada Allah swt, amalan yang kini menjadi sebahagian daripada rutin pagi saya adalah bersedekah. Mulanya saya bersedekah dengan Launchgood.com namun, kadang terasa perit jugak di celah saku kerana launchgood.com minimum derma adalah usd3, bersamaan rm12. Alhamdullillah, saya bertemu dengan app yang lebih 'mampu-derma'. Siapa perasan bila kita checkout dari foodpanda.com akan keluar mesej, donate a meal? Dari situ saya diperkenalkan dengan apps ShareTheMeal. 


Yup, just like the review mentioned, we can donate minimum rm3.50 sehari. Alhamdulillah, saya suka sangat dengan apps ini. Bukan sahaja kita dimudahkan utuk menderma, malah kita dimampukan untuk memberi. Saya ada banyak perkara yang ingin dilakukan untuk kemaslahatan ummah. Cita-cita utama ingin mengajar Quran kepada muslimah. Namun buat masa ini, kita fokus menghafal dulu. Semoga Allah memperkenankan.. Aameen.

Saya berharap perkongsian saya pada minggu ini akan memberi manfaat kepada yang membaca. Selamat berhijrah dan kekal istiqomah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan