Bismillah Arrahman Arrahiim
Alhamdullillah. Selesai mambaca dua buah buku berkenaan hafalan Quran. in shaa Allah reviu akan dibuat berasingan. Untuk post yang pertama ini, kita reviu dulu buku - Kaedah Inovatif dalam Menghafal Quran ditulis oleh Ahmad Jaaze.
Seperti biasa, stiap kali habis membaca buku yang mempunyai niche yang sama iaitu hifz Quran, my spontaneous response is 'wow, refreshing. Semangat nak hafal quran.. yuk..". Hahaa.. sebab itu antara tujuannya membaca buku seperti ini, untuk meningkatkan motivasi dan biasanya dalam buku-buku seperti ini akan menceritakan kisah sebenar si A, si B menghafal Quran, dan kaedah serta semangat mereka benar-benar memberikan inspirasi.
Ok, berbalik kepada buku ini. Berapa bintang nak kasi? Dari sepuluh bintang saya bagi 8.5 bintang.
Yang pertama saya suka layout dia, all colored pages memberi semangat lain untuk membaca. Saya memang suka mukasurat yang berwarna berbanding plain font hitam dan warna kertas. Even my new forever Quran (in shaa Allah), is colored waqaf ibtida, tajweed colored tak minat tapi. So the chapter was differentiate by colors, which easy to refer and remember point-point yang penting.
Yang kedua, penulisan yang engaging. Nak terus je baca sebab susunan bab nya sangat menarik Alhamdullillah.
Yang ketiga, dan terpenting adalah tips-tips yang diberikan:
1. Sebelum menghafal pertama hati kena tenang. Perasaan kena gembira, bukan jiwa kacau. Kalau hati tenang, pergi wuduq dan solat 2rakaat supaya dapat melupakan masalah dan fokus untuk menghafal. Warm up brain before menghafal - baca AlFatihah, 3Qul.
2. Proses menghafal -
a. cara pegang mushaf - tengak menghadap muka, jangan letak dibawah.
b. menghadirkan fikiran - sedar akan apa yang dibaca, kepala di mushaf, bukan di pasaraya atau di tempat lain.
c. menghadirkan perasaan - yang ni kita kena baca maksud/terjemahan petikan yang hendak dihafal, jadi boleh tahu serba sedikit background ayat agar dapat fokus atau kushoo'.
3. Proses pernafasan - supaya maksimum oksigen boleh masuk ke otak.
4. Kaedah pengulangan / murajaah
Bagus kaedah yang dikongsikan. Cuma kaedah menghafal sehalaman dalam 10minit, saya masih tidak dapat grab lagi bagaimana caranya - soalan saya:
masa bila masa 10minit itu diukur?
Adakah masa mula duduk menghafal (termasuk warm up, dan ulang baca semuka 3x untuk bagi lidah fasih)?
atau masa mula menghafal dari ayat pada baris pertama dan berakhir di baris ke15?
Bagaimana dengan pengulangan setiap ayat? termasuk kira dalam 10min tu ke?
Well.. mungkin otak saya yang masih belum terbiasa untuk menghafal satu muka dalam 10min. Separuh muka dalam 10min pun saya takut untuk mencuba sebenarnya.. takut jika hafal cepat cepat - cepat-cepat pula ayat itu hilang atau kualiti hafalannya hampeh. So sementara saya mengasah otak, dapat hafal separuh muka dalam 20min ni pun dah sangat bersyukur dan berpuas hati. Alhamdullillah.
-- so this is the deduction - kenapa buku ini tak dapat 10/10 daripada saya. Banyak pula soalan yang berlegar-legar..
Apa pun masih bacaan yang baik. Especially bab murajaah, mengambil contoh temannya dari Mesir. Fuh, memang best cara murajaah tu.. saya turut berminat mempraktis - Alhamdullillah..
Buku ni saya beli di shopee.com. So sesiapa berminat boleh cari di sana ya.
Terima kasih kepada anda yang membaca. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Jazakallah khyran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan