Isnin, 23 Ogos 2021

Reviu buku: Hafal Al-Quran Semudah Hafal Al-Fatihah

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Ini buku kedua yang selesai dibaca dengan sangat pantas. Alhamdullillah.
Tajuk: Hafal Al-Quran Semudah Hafal Al-Fatihah, hasil tulisan Syaikh Duraid Ibrahim Al-Mosuli.
Karya asal adalah dalam bahasa Arab dan ini merupakan terjemahan kepada Bahasa Indonesia.


Buku ini sama juga dengan buku sebelumnya - saya beli di shopee.com. Takde pun rasa nak beli mulanya, tapi sebab harga nya murah, so beli la.

Buku ni memang fast reading, sebab 3/4 daripada isi kandungan adalah Jadual-jadual. Jadual hafalan, jadual murajaah, dan juga jadual kepada mereka yang pernah menghafal khatam 30juz tapi melupakan keseluruhan hafalan untuk kembali menghafal semula. Secara kasar, method hafalannya sangat menekankan murajaah. Jadual hafalan bermula dari surah al-Baqarah, dengan hafalan harian satu muka. Hari Jumaat merupakan free-day, rehat menghafal mahupun murajaah. Hafal satumuka sehari dengan setiap hari juga murajaah dari page 1 sehingga ke page yang sedang dihafal. Baca secara luar kepala. Selepas satu juz, rehat seminggu untuk sekadar mengulang dan menguatkan ingatan 1 juz. Kemudia selepas cuti hari Jumaat, continue ke 1st page juz 2, dan murajaah dari pg 1-22 (current page). Bila dah habis 3juz, masuk ke page ke5 juz-4, baru lah dibuang 5page pertama surah al-baqarah. dan dilanjutkan seterusnya. 

Bahasa mudah:
Hafal juz 1 - Setiap hari murajaah dari pg1 sehingga page yang sedang dihafal
Habis satu juz, rehat 1week, bagi kuat hafalan.

Masuk juz 2 - Setiap hari murajaah dari pg1 sehingga page yang sedang dihafal
Habis satu juz (juz2), rehat 1week, bagi kuat hafalan juz2, dan murajaah juz1.

Masuk juz 3 - Setiap hari murajaah dari pg1 sehingga page yang sedang dihafal
Habis satu juz (juz3), rehat 1week, bagi kuat hafalan juz3, dan teruskan murajaah juz1 dan juz 2.

Masuk juz 4 -Setiap hari murajaah dari pg1 sehingga page yang sedang dihafal
Masuk page ke 5 juz 4 - setiap hari murajaah dari pg 6 ke pg yang sedang dihafal.
Habis satu juz (juz4), rehat 1week, bagi kuat hafalan juz4, dan teruskan murajaah juz1-3.

Masuk juz 5 - setiap hari murajaah 3 juz (boleh rotate juz1,2,3, juz2,3,4, juz 1,3,4 dan juz 1,2,4) dan juga juz 5 yang sedang dihafal.

=-- so, setiap hari murajaah 3 juz + juz baru yang sedang dihafal.

Fuh, tulis pun dah rasa overwhelm, belum lagi cuba untuk mempraktis kannya. But I believe jika dilakukan method ni, memang confirm la, setiap muka yang dihafal akan kekal segar di ingatan sebagaimana kuat nya hafalan surah al-Fatihah. Dan sebenarnya tidak lah susah murajaah itu jika setiap hari kita lakukan. Ingatan akan kuat dan sure prosesnya juga akan cepat. Masalah ialah bila kita tak selalu mengulang, makanya bacaan jadi samar-samar di ingatan, dan bila nak mengulang akan terbit rasa jenuh, rasa macam nak pecah kepala cuba ingat kembali. Huhuu...

Dan disebabkan sekarang ni saya tengah giat bermurajaah, gara-gara nak exam, saya cuba juga praktikkan method ini. Nak revise 3juz perday dan keep on revise the new current juz. Bila cuba semalam, revise from Rum-Fatir ( i considered this total of 2juz) Alhamdullillah, proses nya quite cepat sebab hafalan masih segar diingatan. Hopefully boleh istiqomah. Ya Allah, permudahkanlah..

Ok, semoga perkongsian ini memberi mamfaat.
Jumpa lagi di post akan datang, in shaaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan