بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Sebarkan keriangan - spread joy to others = tema untuk minggu ini.
Islam is a joyful faith. Sebarkan keriangan, dan semestinya ada banyak kaedah untuk kita sebarkan keriangan kepada orang lain - bersedekah, tolong menolong, senyuman yang manis. Artikel saya kali ini akan mengutarakan tentang sebarkan keriangan melalui kata-kata semangat, santun serta hormat-menghormati.
Segelintir kita berpendapat bila menjadi orang Islam - seperti semua pun tak boleh. Birthday, Mother's day, Teachers' day, Labors' day - semua itu "haram sis". Bila kita belajar, kita tahu dan kita faham. Saya juga antara yang tidak menyambut hari jadi diri sendiri. Namun untuk menidakkan okasi tersebut secara total, pada saya, adalah tidak munasabah. Kita hidup bermasyarakat dan setinggi mana pun ilmu kita, hubungan sesama manusia perlu lebih diberi perhatian. Jika kita rasa kita tak sambut okasi tersebut, dan ada orang mungkin menyambutnya, dan menjemput kita ke majlis dia, apa perlu kita buat? Satu, jika majlis tersebut tidak mempunyai unsur-unsur melekakan (lagho), adalah lebih elok untuk kita pergi. Ia dapat merapatkan hubungan dan saling lebih mengenali. Jika majlis disertai dengan aktiviti yang makruh menjurus kepada haram, kita boleh memberi alasan untuk tidak ikut serta - sibuk, ada aktiviti lain, etc. Namun, adalah tidak manis, untuk kita bersyarah berleter menyatakan majlis sedemikian haram, bukan amalan Islam, menyerupai budaya agama lain, sama lah seperti menganut agama lain itu juga. Kita kena faham situasi, tak semua orang punya level (agama) yang sama dengan kita. Mungkin kita dah berlangkah-langkah ke hadapan, dan dia masih mengesot di belakang.
Contoh lain yang nak saya kongsikan ialah satu insiden di Halaqa Quran saya. Di suatu hari, kehadiran adalah 100%, dan untuk meraikan kedatangan 100% yang sesekali berlaku tatkala bulan berwarna biru, saya kirimkan kata-kata semangat - Kudos everyone + berserta muka emoji tersenyum. Update saya dibalas dengan, "dont use emoji sister, its haram.. any image is forbidden to make, draw or use." Di mana logik nya jika smiley kuning botak tanpa telinga disamakan dengan image manusia? Erm, balasan dia saya diamkan sahaja. Malas nak argue. Sama juga dengan sticker MasyaAllah, Tabarakallah. Saya suka guna sticker itu sebab dia cantik. Namun, saya ditegur, "This sticker is not appropriate. The spelling suppose to be Ma shaa Allah NOT masyaAllah." Oh, subhanallah. Ternyata yang menegur tidak tahu budaya di sesuatu negara. Huruf Shin jika di daerah Nusantara Melayu - Malaysia dan Indonesia selalu dieja sebagai Syin. Y bukan H. Jika di Turki ma-sha-Allah dieja dengan masaallah - yang mungkin akan menjadi masalah (problem) pada bahasa kita.
Teringat pula sebuah kisah Imam Suhaib Webb. Beliau bertilawah di intagram dan antara komen-komen yang masuk ialah "You read the quran WRONGly. That is not how it suppose to pronounce." Which later Imam kena buat another post to say that he is reciting in qiraat warsh and NOT hafs asim. Subhanallah..
Mungkin menegur perlu ada seni nya, atau tidak keterlaluan jika saya katakan perlu berilmu. Semak fakta kita sebelum menegur. Bukan kerja asik nak menghentam orang aje, atas dasar agama. Jika betul dia salah, tegur secara berhemah. Misi nya adalah untuk Sebarkan Keriangan walaupun dalam memberi teguran.
Reflection:
So this week reflection is, whats bring me joy? How can I extending that joy to others?
Erm, so many thing bring me joys: the Quran, my kids, hubby, books that I read, writing.. to name a few.
I think what i am doing in my blog for the past few posts is part of my joy. In shaa Allah, by Allah's will, I will keep on writing, spreading the goodness. If somehow you find that this blog have shift to something that is not right, dont hesitate to drop me a line. You message might have save me and others too.
Thank you for reading this. I hope this week post will somehow give you a better in sight - to spread joy to others and ya, the art of making comment. Hahaa.. I am no good too. Masih banyak yang perlu belajar. Cuma bila dah tua ni, segala komen-komen yang mana rasa seperti 'apa kes', saya ignore sahaja. Malas nak argue. Mana komen yang betul saya salah, saya ucap terima kasih atas teguran.
Ok, I leave you with this quote, which I was, once upon a time.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan