Rabu, 25 Ogos 2021

Hifz Inspiration

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Saya diketemukan dengan clipvideo ini semalam:



MashaaAllah, Tabarakallah.. perasaan saya setelah menonton vc ini, adalah seronok dan kagum. Kagum dengan  semangat brother ini untuk menghafal mandiri.

Pada pendapat saya, menghafal mandiri ada pro and con nya tersendiri. Part yang best ialah, of cos, takde exam, less pressure on that 'department' so menghafal menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Dan saya juga dapat merasakan bahagaimana brother tersebut bagai kecanduan menghafal, sebab aktiviti mengulang dan melagukan Quran mengisi setiap saat beliau memandu teksi. Setiap pagi bangun tidur, he must be looking forward to drive his taxi the whole town, to recite and memorise the Quran. Dan saya juga berpendapat, ini menjadikan beliau mampu untuk khatam hafalan dalam tempoh 3tahun, sebab apa, sebab beliau dah build the habits.

Dan cons untuk hafalan mandiri, ialah to kick in the habits. Jika habits menghafal itu tidak berjaya difondisikan dengan kukuh, maka ia akan menjadi seperti melepaskan batok di tangga, atau hangat-hangat tahi ayam. Mula je semangat, lama-lama hangit. Untuk golongan yang kedua ini, jika benar-benar mahu menghafal, perlu bantuan luar seperti menyertai halaqa atau bersama kawan-kawan yang sealiran. Dan orang seperti saya ni memang kena pergi kelas to push me to work harder, dan exam juga membantu untuk kekal mengulangkaji dan terus mengulang dan mengulang. Kalau tak, kerja nya memang nak melagho jela. Huhuu..

Oh ya, take home message from this vc is to use smaller Quran. Hahaa.. Quran kecil tu memang ada (saya kan suka beli Quran) cuma dia terperap dalam beg sebab saya memikirkan yang Quran itu berguna untuk back up reading jika bersiar-siar. Pagi tadi saya try hafal pakai Quran kecil tu. Perasaan nya menyeronokkan, sebab bila saiz kecil, kita dalam lihat whole page and rasa macam "eh sikit je satu page ni".. echeh.. Tapi dah tua ni mata problem sikit la. Semalam buat spec baru, in shaa Allah by next week dapat 'mata' baru. 

Ok, semoga bertemu di post akan datang. Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat.
JazakaAllahu khyran.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan