بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Less than a month for 10ajza exam. Debaran cukup dirasai. Risau nya, Allah sahaja yang tahu. Lately saya jadi cengeng sangat. Sikit-sikit nak nangis. Letih. Dengan situasi berkurung dalam rumah. Sejujurnya, saya memang suka duduk rumah. Tak suka berjalan-jalan sebab ia mengganggu rutin harian. Namun, mungkin kerana sekolah juga 'di rumah' terasa akan kehilangan metime. Letih jadi pa anak-anak nak suruh diaorang masuk kelas at certain time. Terganggu masa kita nak fokus dengan Quran etc. Last resort is to call my mom. Mengadu. Alhamdullillah, bertemu di alam maya sedikit sebanyak terubat la juga rindu itu. Walaupon saya rindu nak makan popia goreng dan pecal mama sangat-sangat.
Seorang teman pernah bertanya, "Ko hafal quran? Ok ke? Eei, takut nya.. aku takut stress. Lebih-lebih lagi bab nak maintain."
Saya yang tatkala itu hanya ada 3 juz, menjawab, "Alhamdulillah, so far ok. Seronok jugak. Mengisi masa daripada duduk-duduk saja."
Ok now nak cerita. Dengan keadaan 11ajza yang ada sekarang dan exam less than a month, tipu la kalau cakap tak stress. Kadang tu, gangguan syaitan datang menusuk kalbu:
"Kenapalah aku pilih jalan ni dulu?"
"Quit je, tak payah exam. Tapi hafal mandiri (eps lepas tengok video on last post)", huhuu.
Stress nya itu semakin membukit-bukit, bilamana buat mini-test with buddy and tak dapat nak jawab, tergagap-gagap tidak ketahuan pucuk pangkal, surah apa, ayat mana.
Argh.. rasa nak lari, tapi tengah mco ni nk kemana pula perginya.
Itu yang jadi asyik-asyik nak nangis, sikit-sikit berair biji mata.
Maaf la jika post ini agak lain dari kebiasaan. Saya cuma mahu menulis dan mahu diri sendiri tahu bahawa jalan ini kadang liku nya terlalu tajam, mengguris di hati. Dan saya juga mahu tahu bahawa saya kuat, saya dah tempuhi satu per tiga perjalanan. Dan saya boleh buat untuk dua pertiga yang akn datang. Perlu banyak bersyukur. Perlu banyak-banyak bersyukur.
Dalam mencari ketenangn jiwa dan kekuatan dalaman supaya semangat saya tidak pecah berderai, dengan doa yang tidak putus-putus, saya diketemukan dengan yt ini:
Alhamdullillah. Apa yang dikatakan, membantu serba sedikit untuk mengumpul kembali kekuatan diri untuk bangun dan teruskan perjuangan harian.
Take home notes from the above yt:
Take care of your mental health. Daily habits to prevent depression:
1. Sleep early - wake up early - pray/meditate. enjoy your quite time with Lord of the world.
2. Plan the day. What to look fwd?
3. Take morning shower - eliminate the laziness
4. Take supplement for extra nutrition.
5. Exercise to rejuvenate - 7 minutes workout.
6. Get outside - nature time - see the sky, walk barefoot on grass.
7. Gratitude practice - write down "What are 3 good things that went well today?" everyday before go to sleep.
So, following the tips, i downloaded these apps on my phone :
7M workout and Gratitude:
Alhamdullillah. day 2 for my inner therapy, today. All is good. I am feeling more happy and energetic, (than past few days yang asik nak nangis and ended sleeping becos I dont want to think anything.. huhuu..)
Ya Allah, please guide us to Your path.
Permudahkan ya Allah perjalanan ini.
Teguhkan hati kami kerana Mu.
Jangan la niyat ini terpesong dan semangat ini merundum.
Titipkan semangat Mu agar kami terus kekal berjuang.
Bantu kami ya Allah.
Perkenankanlah permohonan ini.
آمیـــــــــــــن یارب العالمین
Terima kasih kerana membaca. Semoga bertemu di post yang akan datang, inshaaAllah.
Sabtu, 28 Ogos 2021
Hifz - cabarannya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan