Selasa, 31 Ogos 2021

Joy Jots #4- Joy at the End

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Joy jotting siri ke-4




gambar dari google image
 

Salam Merdeka yang ke-64 buat Malaysia, tanah subur dimana diri menumbuh. Alhamdullillah atas kurniaNya.

Jika kita menyelusuri sejarah tanah melayu ke arah pembentukan Malaysia, perjuangan kemerdekaan adalah perjuangan yang panjang. Bertali arus kisahnya, berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain namun berlandaskan satu tujuan - membebaskan 'kampung halaman' daripada diperintah oleh kuasa luar. Berapa ramai nyawa yang terkorban, kemelaratan hidup tatkala pendudukan Jepun, tak kurang juga segelintir rakyat yang diseksa untuk kerahan tenaga (memetik kisah pembinaan landasan keretapi maut). Dan akhirnya, setelah bertahun berjuang, mereka berjaya. Berjaya mengembalikan tampuk pemerintahan negara kepada yang afdal. Dan tahun demi tahun, hidup kita berubah. Ayah yang dulunya petani, penoreh getah, atau nelayan kini berjaya menghasilkan anak-anak doktor, jurutera, guru, dan lain-lain pekerjaan yang professional yang sekaligus mengubah gaya hidup keseluruhan. Alhamdullilah.. Itulah dia nya: Joy at the End- Keriangan di penghujungnya. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. 

Dan titik perjalanan 'keriangan pada penghujungnya' yang terpenting sekali adalah keriangan yang berkekalan. Yup, saat keriangan meninggalkan duniya yang fana ini untuk bertemu dengan Sang Pencipta di bumi abadi. Atau dalam bahasa yang biasa kita dengar - husnul khatimah. Subhanallah.. Persoalannya, bagaimana untuk mendapatkan husnul khatimah? Memetik kepada tulisan Dr Tamara, jika kita inginkan husnul khatimah, pengakhiran yang sempurna, maka sempurnakan dahulu kehidupan kita di duniya - tak kira lah apa jua tugasan - harian, mingguan, bulanan atau tahunan, buat secara ehsan dan itqan. Buat semolek mungkin, sehabis daya. Bilamana kita diberi tugasan, buat sampai selesai. Beri yang terbaik. Di tempat kerja misalnya, jika kita tahu kita tidak akan berada lama, kerana ingin berpindah atau berhenti, namun teruskan memberi khidmat yang terbaik. Kerana jika kita berikan yang terbaik, terbaik jualah yang akan kita terima sebagai balasannya. 

هَل جَزاءُ الإِحسٰنِ إِلَّا الإِحسٰنُ

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga? (55:60)

Jika kita berusaha untuk memberi yang terbaik, mencipta stuasi husnul khatimah di atas setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada kita, tidak mustahil utuk Allah swt, menghadiahkan kepada kita pengakhiran yang husnul khatimah jua. Semoga Allah memberkati kehidupan kita dan menghadiahkan pengakhiran yang sempurna. Aameen.


Reflection:
What are some projects that you would like to have completed by the end of your life? 
Alhamdullillah. Menjawab kepada soalan reflection minggu ini, rasa nya rata-rata tahu akan projek terbesar dalam hidup yang ingin dilaksanakan sebelum malaikat maut datang menjemput. Ya.. ingin selesai menghafal Quran. Perjalanan ternyata masih jauh dan iya, penuh berliku. In shaa Allah, dengan bantuan dan redha Nya, saya pasti mampu menyelesaikan dan yang penting dengan ehsan dan itqan. Doakan saya, ya kawan-kawan. Dan semoga penyudah yang sempurna menjadi milik kita bersama. 
آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. Semoga bertemu di post yang akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan