بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kisah ini ditulis pada 4 Oct 2018. Namun disimpan dalam folder draft. Tidak dipublish. Saya pun tak tahu kenapa.. Well, there's nothing confidential regarding the content. So saya post hari ini..
*******
Ahad lepas, hubby runs his first half-marathon. Dan berjaya tamatkan larian dalam masa 3 jam. 3 jam untuk 21km. Training nya mudah sahaja - he's been running 5km every weekdays, before going to work, since January.
When I asked him, "Ok tak lari for 21km?"
His response was, "Ok, cuma pancit sikit masa nak naik Bukit Tunku. The rest is good." Alhamdullilah..
Bila ditanya lagi, "Memang ada in your bucket list ke, nak run marathon?"
He said, "Takde pula. Saja nak push diri".
Somehow, he inspired me in many way - sesuatu perkara yang jika dibuat setiap hari, untuk satu jangka masa tertentu, mampu untuk menolak diri kita membuat perkara yang sama tapi in beyond the normal situation. Dalam erti kata lain, belakang parang jika diasah berterusan, kan tajam jua.
Saya juga pernah ragu pada diri sendiri - keupayaan diri untuk menghafal Al-Quran. Mungkin kerana ada sifat tidak sabar dalam diri - nak baca ayat kurang dari 10kali, terus dapat hafal dan kemudiaan baca semula dengan lancar meluru laju tanpa saktah-saktah. Hahaa.. Allah swt meletakkan seseorang pada tempat yang sesuai baginya. Alhamdullillah, saya adalah penghafal yang perlahan, kerana jika saya penghafal yang laju mungkin ceritanya akan berbeza. Entah nya ada riak yang hadir nanti.
Kejayaan bukan hanya bakat semata. Bakat mungkin akan berkarat jika tidak diambil berat. Hafalan juga akan lupa jika alpa. Usaha yang berterusan penting untuk berjaya. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kata kunci nya adalah istiqamah. Semoga istiqomah itu milik kita bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan