بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdullillah, bertemu kembali minggu ini untuk kupasan joy jot minggu ke-5. Topik minggu ini berkisar tentang hutang yang perlu dilunaskan. Hutang bukan sebarang hutang, tapi ini merupakan hutang kita dengan Allah, Pencipta kita.
Sebelum kita ke topik yang diutarakan, izin saya mengimbau saat-saat menjadi 'dewasa', di mana setiap segala apa yang dilakukan, baik atau buruk amalan itu, menjadi amanah yang perlu dipertanggungjawabkan di masyar kelak. My first menses came on the day result UPSR 1991 was out. Maybe keterujaan yang melampau sebab dapat keputusan all As. 'Kedewasaan' itu bagaimanapun, disambut dengan hati yang tidak berperasaan. I am basically know what to do and how to handle the situation sebab pihak Koteks baru je datang sekolah buat briefing on that particular matter. Saya rasa saya ok bab itu namun malangnya saya tidak didedahkan secara terperinci tentang bab yang lebih penting - menjaga solat dan ibadah. Bercakap perihal solat, ia bukan lah perkara yang begitu ditekankan dalam keluarga (suatu masa dahulu). Latar belakang keluarga dari susur galur moyang tiada yang alim dalam perkara Islam. Maka, perkara solat memang tidak begitu dititikberatkan. Alhamdullillah, walaupun bersekolah Methodist, saya bersyukur berkenalan dengan kawan-kawan yang serius tentang solat. Masa tingkatan 1, kami bersekolah sessi petang. Awal persekolahan memang tak terfikir pun tentang perkara solat ini. Namun ada rakan sekelas yang masa rehat jam3 akan ke surau untuk solat Zhur, dan petang sebelum balik juga akan ke surau untuk solat Asr, akhirnya jadi terikut akan mereka dan kita pun turut serta solat sekali. Mungkin la waktu itu peer pressure. Kang tak solat apa pula kata kawan, namun its a good thing, Alhamdullillah.
Masuk Tingkatan 2 dan seterusnya, persekolahan berubah ke sessi pagi. Alhamdullillah, sebab sudah menjadi kebiasaan, kegiatan solat dari waktu Zhur ke Isyak, terjaga dengan baik. Namun solat subuh masih tidak betah dilaksanakan. Alasannya kesempitan masa sebab bas datang jam6, tak sempat nak solat. Dan sekali lagi saya dipertemukan dengan teman sama bas, yang setiap kali sampai di sekolah (kami akan tiba ke sekolah dalam jam 650pagi) bergegas berlari ke hujung padang. Mula nya saya tak faham, kenapa setiap kali turun dari bas, dia akan berlari-lari ke hujung padang, dan akhirnya saya faham dia berlari untuk ke surau yang terletak di hujung padang. Dan hari-hari berikutnya kami akan sama-sama berlari untuk ke surau bersolat subuh. Alhamdullillah. Dan Alhamdullillah juga, bila tiba hujung minggu, badan akan terjaga dengan sendiri nya pada jam 6 pagi dan saya ambil kesempatan itu untuk solat subuh. Walaupon pada mula nya rasa segan juga nak bersolat sebab mama dan papa pun tak bangun. Namun begitulah, sesuatu perkara yang baik akan ada domino effect-nya. Dan lewat beberapa bulan kemudian, mama dan papa juga bangun solat subuh di pagi hari. Dan saya juga lihat, waktu-waktu solat yang lain semakin terjaga solatnya oleh kedua ibu ayah saya. Malah, bila kami bermusafir bercuti bersama ke negeri-negeri sekitar semenanjung, Papa akan singgah rehat sebentar di rnr atau di kiosk minyak untuk kami menunaikan tanggungjawab sebagai muslim. Alhamdullillah.
Saya boleh menyimpulkan bahawa saya mula bersolat penuh 5 waktu sehari bermula dari Tingkatan 3 dan seterusnya, Alhamdullillah, aktiviti ini terjaga dengan baik. Saya sangat bersyukur kerana diletakkan dalam lingkungan kawan-kawan yang memberi pengaruh baik kepada saya. Namun mungkin ada juga waktu yang saya sedari atau tidak, saya terlalai, dan ianya menjadi hutang yang masih tidak terlunas. Astagfirullah.. saya memohon keampunan dari Allah swt. Secara kalkulatif, saya start 'period' dalam darjah 6, dan kemudian mula solat prnuh 5waktu sekitar Tingkatan 3. Ada dalam 3tahun berlalu yang saya tidak menunaikan kewajiban saya sebagai seorang Muslimah.
Jadi topik joyjot minggu ini adalah berkenaan dengan hutang wajib yang perlu dilunaskan - iaitu miss-solat yang perlu di-qada solat-kan. Kenapa solat? kerana ia adalah hubungan langsung antara kita (sebagai seorang individu) dengan Allah swt.
Nabi Muhammad, Rasullullah saw kesayang kita bersabda:
أول ما يُحاسَبُ به العبدُ يومَ القيامةِ الصلاةُ ، فإنْ صلحَتْ صلحَ له سائِرُ عملِهِ ، وإن فسدَتْ فسَدَ سائِر عملهِ
"Perkara yang pertama kali dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat adalah sholat. Apabila sholatnya baik, seluruh amalannya pun baik. Apabila sholatnya buruk, seluruh amalannya pun buruk." (HR Thabrani).
Saya bukanlah orang yang arif untuk membincangkan hukum hakam berhubung dengan perkara ini, namun saya sertakan link yang menerangkan berkenaan perkara Qada Solat ini dengan lebih detail:
NIAT & CARA QADA SOLAT (Ganti Solat Fardu)
Dr Tamara turut menyediakan jadual (to-do table) untuk aktiviti meng-qada solat dalam masa setahun. Beliau meng-suggest-kan masa yang boleh digunakan untuk meng-qada solat adalah waktu tahajud - untuk solat subuh ke asr, dan waktu antara magrib dan isya untuk qada solat magrib dan isya. Dan kita boleh juga menggunakan waktu sebelum atau selepas solat fardhu tersebut untuk melakukan solat qada, dan adalah lebih afdal untuk 'membayar hutang yang wajib' daripada melakukan solat sunat.
Dr Tamara turut memberi tips berkenaan solat:
1. Solat awal waktu. Bersedia dengan wuduq 10minit sebelum waktu azan masuk.
2. Kita, kaum wanita yang tahu waktu-waktu period semakin hampir, perlu lebih menjaga solat 5 waktu. Kerana jika Zuhur masuk 110pm, dan kita period jam 120pm, solat Zhur tersebut perlu di-qada kerana kita masih boleh solat waktu tersebut. Sama juga dengan waktu nak bersalin, jika masih belum 'turun tanda', solat perlu dijaga jangan ditinggal. Kita tak mahu lepas 7hari (selepas period) atau 40hari (selepas nifas) baru nak qada solat. In between 7 dan 40 hari tersebut, kita tak tahu apakah ajal akan menjemput. Kita tidak mahu pergi mengadap Allah swt dalam keadaan kita masih berhutang solat.
3. Jika kesiangan dan tertinggal solat Fajr, bangun je dari katil terus ambil wuduq dan solat. Bukan bila dah bangun lambat, pergi minum kopi, buat breakfast dulu atau terus bergegas bersiap untuk ke tempat kerja. Priority kena betul. When we set our priority right, everything will fall on it place. Jika kita dahulukan solat, dengan automatik badan akan terlatih untuk berwaspada dengan waktu solat dan inshaaAllah, di hari lain, badan kita akan mengejutkan diri kita untuk bangun bersolat subuh.
Reflection:
Think of the last prayer you missed.
What was the immediate cause (what did you prioritize over the prayer)?
What do you think might be the deeper reason?
Is there something you need to make tawba from?
Revisit this reflection if you ever miss prayer in the upcoming year.
Saya tinggalkan soalan ini untuk dijawab di dalam hati.
Semoga topik minggu ini memberi sebuah jawapan kepada soalan di mana letakknya Allah di hati kita, sejauh mana kita berikrar mengaku sebagai seorang Islam, dan apa atau siapa sebenarnya prioriti hidup kita. Dan semoga kita sama-sama dapat membaiki diri untuk menjadi insan yang terbaik di mata Allah swt. Semoga Allah mengampuni segala kekhilafan kita dan membantu kita dalam mendekati diri ke arahNya. آمیـــــــــــــن یارب العالمین
Terima kasih kerana membaca. Semoga bertemu di post yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan