بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdullillah, saya suka dengan topik minggu ini. Agak santai namun penuh bermakna. Di suatu ketika, semasa hati saya merasa resah dan tidak tenteram, saya mula mencari-cari bahan bacaan yang berkaitan depression atau tekanan perasaan. Dan antara penawar yang saya temui untuk menghindari diri dari rasa tertekan atau kemurungan ialah setiap pagi, bangun tidur, tulis 3 perkara yang membuat saya rasa bersyukur, dan malam sebelum masuk tidur, tulis juga 3 perkara yang hari ini adalah best, dan perkara yang kita look forward for tomorrow. Dalam erti kata lain is to have a daily gratitude journal. Alhamdullillah, I did what was suggested and ya, hati rasa lebih tenteram dan terasa yang 'life is not that bad afterall'.
Sebagai seorang muslim, kita memang 'diajar' untuk selalu berterima kasih. Al-Quran dimulai dengan surah yang berbunyi "Alhamdullillahi Rabb Al-3alamin" - Puji dan syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam, yang wajib kita baca 17kali setiap hari. Tidakkah itu memberi sebuah makna yang mendalam, bahawa hidup adalah untuk bersyukur. Setiap waktu yang dianugerahiNya memerlukan ucapan tulus Terima Kasih ya Allah swt.
Dan permulaan kepada habitual berterima kasih kepada Allah swt, adalah dengan berterima kasih kepada manusia. Nabi Muhammad, Rasullullah saw kesayangan kita bersabda,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ لَا يَشْكُرُ اللَّهَ
_*Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang tidak pandai bersyukur (berterima kasih) kepada manusia, bererti ia belum bersyukur kepada Allah.”*_ (HR Tirmizi No: 1877) Status hadis : Hasan Sahih.
Berterima kasihlah kepada ibu bapa, adik beradik, pasangan hidup, anak-anak, jiran tetangga, sahabat handai dan semua orang yang kita temui di sekeliling kita - dispatcher Foodpanda, cleaner, tukang kebun - kerana dengan berterima kasih kepada manusia, menjadi diri kita humble dan mudah untuk berterima kasih kepada Allah swt. Dan ucapan simple terima kasih itu sahaja dapat menceriakan hidup seseorang itu.
Allah swt bersabda dalam surah Ibrahim ayat 7:
وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ وَلَىِٕنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”
Bersyukurlah.. give thanks to Allah and give thanks to other people as well. And give thanks to your ownself too. Banyakkan bersyukur, kurangkan atau jangan langsung berkeluh kesah. Hidup ini adalah suatu kurnia. Setiap apa yang kita punya, diberi secara istimewa oleh Allah. Ia bukan hak milik kekal. Kerana dunia ini tidak kekal. Tangan yang kita ada, yang sedang melekat pada tubuh kita, bukan hak milik kekal. Boleh jadi diambil semula oleh Allah pada masa yang Dia mahu. Makanya, yang masih ada pada hari ini, kita bersyukur. Namun sekiranya diambil semula olehNya, kita kekal bersyukur. Kerana setiap perkara yang terjadi itu adalah terbaik buat kita pada perkiraan Dia. Bila satu perkara yang tak best terjadi, fokus kepada 10 lagi perkara yang best dalam hidup ini. Berdamai dengan diri sendiri supaya terasa hidup mempunyai makna dan adalah rugi untuk dipersiakan. Alhamdullillah...
Reflection:
What are fifteen things I grateful for?
1. being muslim
2. healthy
3. being a woman
4. married
5. have kids
6. lovely home
7. my parents
8. morning hour
9. the quran
10. online classes
11. q-buddies
12. black abaya+niqab
13. books
14. neighbours and neighbourhood
15. malaysia
Terima kasih kerana membaca.
Jumpa lagi pada post yang akan datang in shaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan