بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdullillah. Saya telah selamat menduduki exam Sabtu lepas. Keputusan akan diberikan mungkin esok, mohon doakan yang terbaik. Apapun keputusannya, saya redho sahaja. Saya rasa saya dah beri yang terbaik, namun ada la tergelincir di sana sini. And knowing tmeag, I cant really put high hopes to pass (let alone to pass with flying colors). Penilaian mereka agak strict. Kesalahan lahn khofi juga diambil kira secara serius. Jika lulus dan boleh lanjut ke surah berikutnya, Alhamdullillah. Dan jika gagal dan harus ulang viva lagi 2-3 minggu, Alhamdullillah juga. Both is a win-win situation. Boleh berlama-lama lagi untuk revise 11j yang telah dihafal.
Apa yang saya nak catat adalah, perasaan menduduki exam 10j. Persediaannya hampir 4 bulan. Dan dalam 4bulan itu, berbaur-baur peraasan. At one day rasa macam, ok I'm ready, lets rumble. At one day, rasa nak lari jer dari semua. Tak kira lagi saat-saat pms yang menyebabkan otak berjerebu (brain-fog), tak boleh nak ingat walau sepatah ayat. SubhanAllah. Kesimpulan yang dapat saya buat ialah, everything is based on Allah will. Ada hari saya rasa saya sangat bersedia (untuk mini xm dalam kelas), namun bila disoal, masih ada salah di sana sini. Dan ada hari saya rempuh je ke kelas tanpa persediaan yang kuat (di mana dalam hati berbelah bagi rasa nak absent jer), namun setiap soalan dapat dijawab dengan baik. SubhanAllah.
Anyway, nak cerita jugak, 10hari terakhir sebelum the 'big day', saya develop satu sistem murajaah, yang saya kira agak mudah juga untuk diikuti- murajaah by pages. Saya suka nak meyakinkan diri bahawa saya mempunyai fotografik memori, dan saya berupaya untuk merakam setiap page dalam mushaf ke dalam otak fikiran. Maka setiap surah saya bahagi kepada bahagian mukasuratnya, dan cuba untuk membaca secara memori mukasurat yang terkelihatan di fikiran. Sebagai contoh, surah Ahzab ada 10ms. maka saya cuba baca mukasurat sebelah kanan sahaja dulu, kemudian diikuti mukasurat sebelah kira keseluruhannya. Ya, bacaan adalah tidak mengikut urutan surah sebab tujuaan disini adalah untuk menguatkan ingatan mukasurat. Dan saya rasa this method work well with me. Saya dapat fokus on the weak page more rather than bila baca satu surah kita start dari awal, yang mana selalunya permulaan ayat (page 1 bagi satu surah) adalah mudah, dibandingkan dengan pertengahan atau pengakhiran surah.
Alhamdullillah, preparation untuk xm ni adalah sebuah hadiah yang tidak ternilai dari-Nya. Bersyukur sangat-sangat, Alhamdullillah. Sebab dapat kembali menjenguk surah-surah yang telah lewat dahulu dihafal namun jarangkali diulang sebab rasa macam dah strong bacaan nya. Dan yang paling best adalah dapat duduk berlama-lamaan dengan Al-Quran (tanpa rasa bersalah), Alhamdullillah. Terima kasih kepada suami dan anak-anak yang memahami ummi nak exam. Hampir 2minggu dapur tak berasap, kain baju pun baru nak mula lipat hari ini, hehee.. Alhamdullillah, terima kasih Allah, terima kasih segalanya. Semoga saya dapat mengekalkan momentum murajaah hampir 2j sehari dan semoga apa yang direvis, malar segar diingatan.
آمیـــــــــــــن یارب العالمین
Terima kasih kerana membaca. Semoga bertemu di post yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan