Sabtu, 25 September 2021

Keeping up the momentum

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Alhamdullillah. I've received my previous exam result and I've pass. Alhamdullillah, thank to Allah the Almighty, that fulfilled my dua, which I asked to make the exam smooth and easy and indeed, I got all easy questions. Alhamdullillahirabbil3alamin.

Masuk ke hari ini, seminggu exam tersebut telah berlalu. Kehidupan juga telah kembali kepada yang sebelumnya - ke pasar, memasak, laundry, tennis, evening walk - yang mana ditinggalkan lebih 10hari semata-mata nak fokus kepada exam. Sejujurnya rindu jugak dengan minggu persiapan exam tu. Duduk berduaan dengan Quran dari bangun tidur sehingga kembali tidur semula, t a n p a diganggu oleh anak-anak yang memahami mak nak exam. Alhamdullillah.

Alhamdullillah, seminggu telah berlalu, dan saya kembali kepada hafalan baru, yang dihafal untuk ditasmik di dalam kelas (qmn) dan ditinggalkan tidak direvise kemudiannya. Hampir selesai surah anNaml, yang punya 7ms, dan surah Ashuara' pula saya telah hampir selesai hafalan keseluruhan. Namun ditangguh pada mukasurat terakhir sebab mukasurat tengah-tengah nya memang tak ingat apa yang dihafal, subhanallah. Harapannya ingatan kembali kuat sebelum memasuki surah Furqan. Alhamdullillah qmn cuti dua hari sempena Saudi Arabia Independence day. Masa cuti ni saya guna untuk kembali kan ingatan surah-surah tersebut.

As for murajaah, Alhamdullillah. Kini berusaha untuk murajaah 2juz sehari. Some juz was easy (especially 20-22) but some still struggle (j26-28). Saya dapat merasa kan part yang struggle masa murajaah adalah surah-surah yang ketika dalam proses menghafal ayat-ayat tersebut, hati tak tenang. But anyway, saya percaya, bila dikerap berulang, inshaAllah, dengan idzinNya akan berupaya juga masuk ke fikiran dimudahkan untuk dititipkan di bibir dan diingati selama nya.

One tips that I get from telegram grup Hafazan Al-Quran, selepas solat subuh, berdoa lah agar diberikan taufiq untuk membaca dan memurajaah AlQuran,
" Ya Allah, berikanlah aku semangat, rasa dan kekuatan untuk membaca dan mengulangkaji hafazan AlQuran untuk hari ini."

 


Kerana semuanya adalah dari Nya. Lahawlawala quwataillabillah - tidak lah kita ini berdaya kecuali dengan pertolongannya. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین

Terima kasih kerana membaca. Ok, sampai sini dahulu, catatan untuk hari ini.
Will continue with post JoyJot minggu ke7. In shaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan