بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Masa nak exam hari tu, banyak perkara berlaku dan ianya berlaku serentak.. Qadarullah, lahawla wala quwataillahbillah. Both my murajaah buddies, KakMila dan Salimah have to go travel. Kakmila need to balik Malaysia menguruskan kemasukkan anaknya ke universiti tempatan, manakala Salimah balik India setelah hampir 2 tahun dia tak pulang. Desperate mencari teman murajaah, doa saya dikabulkan Allah dengan menemuikan saya dengan channel telegran Murajaah Reminder dan saya diketemukan dengan Tahfiz Online Lan Taburo.
Alhamdullillah, permohonan untuk menurut serta diterima, dan Alhamdullillah kini saya ada teman murajaah harian, yang seperti Ain, tidak saya kenali namun senang berurusan. Mungkin landasannya sama kerana Allah dan AlQuran. Kegiatan murajaah juga lebih fokus, tidak banyak berbicara tentang hal peribadi (one thing introvert person like less). Alhamdullillah.
Sesiapa yang sedang mencari teman murajaah boleh cuba tanya pada nombor tertera di atas. Untuk muslimah sahaja ya. Jika masih kekosongan mungkin anda akan diterma masuk. Tapi seperti apa yang saya tulis dalam post lepas (Murajaah Buddy), perkara pokok dalam murajaah buddy ni adalah komitmen, willingness to listen to other selain dari diri sendiri bersedia dengan surah yang mahu dibaca.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Terima kasih kerana membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan