Rabu, 14 September 2022

Menjaga hafalan itu bagaimana?

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Saya ditanya dengan soalan di atas.
Setelah 7 tahun dalam journey menghafal Quran dan masih lagi menghafal di saat ini, Alhamdullillah, di sini saya berkongsi serba sedikit bagaimana menjaga hafalan.. based on personal experienced dan juga dari buku-buku dan ceramah berkaitan menjaga hafalan yang saya baca dan dengar.

Masa mula-mula hafal dulu saya memang tak ada sistem dalam maintaining old hifz. I focusing more on new hifz and then suddenly, I started to realise that Ive already forgetting the previous hifz. Macam masa baru sedar tu, I was in J28 at surah Saff. I kept on ulang surah Tahrim to Saff. And suddenly bila Ustadza buat test on J29, I cant answer them. SubhanAllah. I was quite sure that J29 is strong sebab lepas habis hafal, we spent like a month just revising the surah, however it is somehow gone faded. Then my teacher said kena baca selalu. Jangan tinggal kan langsung sebab hafalan itu seperti Unta yang tertambat. Jika unta itu dilepas, ia akan pergi (hadith Bukhari). Kenapa dalam hadith ini, Rasullullah saw guna contoh unta, bukan kuda atau lembu. Sebab unta ni, dia memang akan pergi jika kita tak ikat dia, tidak seperti lembu yang mungkin akan stay je di situ jika kita tak ikat. Namun pergerakkan unta perlahan, tak laju berdesup seperti kuda. Kita boleh kejar tangkap semula unta tersebut.   

From my reading, the ideal way in maintaining the hifz and also our relationship wih the Quran is to allocating time:
50% for revision
30% for tilawah
20% for ziyadah (new hifz)

Allocating time tu tak perlu la terlalu rigid. Its depends on our capability. Jika kamu bekerja and spend on road to office, back and fro like 20min, maka masa ni boleh digunakan untuk mengulang hafalan lama. Begitu juga masa-masa lain yang digunakan untuk menunggu - seperti menunggu anak di sekolah, menunggu kain di washing machine, menunggu nasi masak - semua ini boleh digunakan untuk mengulang hafalan lama. As for me, surirumah tak bekerja, I purposely went to my kid’s school like an hour before the last bell rings, sebab nak revise or doing tilawah. And then, 10min before azan is also good for revision. Boleh siap-siap tunggu di depan sejadah dan revise, dan bacaan yang telah direvise, boleh terus ditasmig di hadapan Allah swt (bawa masuk dalam solat). Lepas solat, take 10min untuk tilawah. 10min boleh baca dalam 4pages (kecepatan normal - 1pages 2.5min) and in shaa Allah - 5 solat will done 20pages which is equal to 1J.

That is how you allocate time. Mana ada masa luang, isi dengan alQuran.
Jika penat tilawah, boleh baca translation and get to know whats the meaning.
Jika letih nak revise from head, boleh dengar murattal, dan sambil dengar bayangkan page Quran yang sedang dibaca. Kaedah ini bagus untuk kita mengingat tempat letak setiap ayat and to strengthen the flow.

Of course, syarat yang terpenting untuk menjayakan aktiviti ini adalah dengan membuang telefon jauh-jauh, jangan diletak di depan mata. Jika tak, erm.. tak jadi kerja.

Ziyadah (new hifz).
Untuk part-timer menghafal (menghafal secara online dan tidak ke ponpes [pondok pesantren]) macam saya, new hifz memang tak perlu hafal banyak- cukup sekadar sehari 1/2 page atau 1/3page. Maka dari Isnin-Khamis, kita akan dapat 2 pages, and make that 2 pages strong dengan kerapkan ulangan dengan membaca dalam solat. 1 minggu 2pages = 1bulan 10pages = 2bulan 1juz. In shaa Allah. 1juz with strong hifz.

Saya biasa hafal sebelum subuh. Sebab saya ada kelas jam 2pagi, diikuti dengan sessi murajaah bersama partner jam4pagi. Maka, masa yang berbaki sebelum azan subuh berkumandang, saya guna untuk hafal 1/3-1/2 muka surat. Alhamdullillah. Saya rasa masa ini sangat sesuai untuk saya. Alhamdulillah.

Tilawah pula boleh dibahagikan kepada 2 bahagian:
i. surah yang akan kita hafal.
Contohnya: jika kita sekarang sedang menghafal di J26, sedang hafal surah Fath, next balance surah in j26 is Surah Muhammad and surah AlAhqaf. So tilawah would be these 2 surahs, and we can added surah Jathiyah and AdDukhan too (jika hafal dari belakang la).
ii. surah yang kita akan murajaah.
Ini adalah untuk mereka yang dah hafal 5juz dan lebih. Contoh nya, hari ini saya nak revise J25, esok saya akan revise J24. Makanya, tilawah saya hari ini adalah J24.

Masa untuk tilawah biasanya adalah masa saya menunggu anak di sekolah. Dalam 1jam in shaa Allah boleh habis 1J.

Revision. Atau murajaah.
Bagaimana sebenarnya murajaah itu.
Satu ketika dulu, saya pun tak tahu murajaah itu bagaimana. Tak faham dengan kaedah sebenarnya. Cikgu saya cakap just baca dari mushaf. Di mana saya dapati kaedah membaca atau tilawah ini tidak membantu saya dalam menguatkan ingatan saya terhadap surah-surah yang telah dihafal. Contoh kata, saya baca surah Ghafir dari mula sampai habis. 10min kemudian jika ditembak murajaah surah yang sama, saya tak rasa saya mampu untuk menjawab dengan sempurna tanpa tersangkut-sangkut.

Alhamdullillah saya diketemukan dengan kaedah yang terbaik -
Kaedah nya seperti diterangkan oleh adik Sauda ini:



Kaedah buka tutup mushaf. Mana yang kita ingat, kita baca dengan confidentnya. Mana yang dah lupa kita buka mushaf untuk sambung bacaan. Kaedah ini ya, seperti kata adik Sauda, ianya less stress. We know our capability and Alhamdullillah mampu untuk menghabiskan target murajaah harian dengan hati yang lapang. in shaa Allah.

Dan murajaah terbaik seperti kata Sauda adalah maintain setiap hafalan kita dalam tempoh seminggu. 



Jadi jika kita baru hafal juz Amma, boleh maintain revision 3pages sehari dan dalam 7hari setiap surah dalam juz Amma dan done revise.
Contoh: jika kita sekarang di juz27 surah ArRahman. Kita dah hafal Surah AnNas ke surah alWaqiah.. Jadi: Revision surah AnNas ke Surah AlMujadilah (j30,j29,j28) (dikenali sebagai manzil) perlu dimaintain dalam jangka masa 7 hari. Manakala surah AlWaqiah dan AlHadid (j27) perlu dibaca setiap hari kerana ini adalah hafalan baru (juga dikenali sebagai sabqi). 
 
Contoh lain:
Macamana nak revise Annas-alMujadilah.
These 3j total dalam 60 mukasurat.
So, 60ms bahagi 7hari = 8-9 ms perlu direvise setiap hari.
Senang nak kira kita ambil 10ms (1/2j) revise sehari.
So what we can do is, maybe 5ms revise secara buka tutup, manakala balance 5ms revise secara tilawah. Ini cara yang paling minimal. Jika 10ms boleh direvise secara buka tutup, itu sudah bagus, Dan jika boleh direvise terus tanpa membuka mushaf itu lagi bagus. Apa-apa pun yang penting adalah istiqamah.
Mulakan yang sedikit supaya tak rasa terbeban dan mampu untuk melakukan yang sama setiap hari. Tak burn out.

Jika tengok kat carta diatas tu, saya sudah menghafal dalam 13j. Seharusnya murajaah nya, 3.5j setiap hari. Masih lagi strunggle nak maintain. Namun 1j tilawah setiap hari itu saya pegang erat. Ini kemampuan istiqamah saya.

Begitulah. Makin banyak hafalan, makin banyak masa yang perlu diperuntukkan untuk murajaah. Kerana itu lah sebenarnya hakikat menghafal Quran, niyatnya kerna Allah swt, dan supaya hafalan itu bisa dibawa mati. 

Semoga Allah swt menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 
آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan