Jumaat, 16 September 2022

Stress-free dalam menghafal alQuran

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Kadang-kadang bila dapat soalan-soalan berkenaan menghafal Quran dari teman-teman atau pembaca blog ini, saya jadi teragak nak menjawab. Itu yang mengambil masa berhari-hari malah berminggu-minggu untuk respon kepada soalan-soalan teman atau pembaca. Maaf sangat. Huhuu..
Sebab sedar diri ni pun masih hijau dalam mempertahankan alQuran dalam diri. Namun dengan sedikit pengalaman yang saya ada, saya cuba berkongsi. Mana yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.

Berbalik kepada topik blog kali ini, saya diutarakan dengan persoalan berikut:
Saya dah pernah mencuba untuk hafal Quran sebelum ini. Hampir 2juz atau separuh surah Albaqarah saya dah hafal. Tapi saya tak mampu teruskan walaupon hingga ke akhir ayat 246 surah alBaqarah sebab saya rasa stress sangat menghafal ni. Saya rasa sukar terutamanya nak maintain apa yang saya dah hafal. Macamana nak menghafal tanpa rasa stress ya? Untuk pengetahuan, saya bekerja full time dan juga ibu kepada 3 orang anak (yang telah bersekolah semuanya). 

Bagaimana nak menghafal Quran tanpa ada rasa stress? - itu soalan nya.

Kena tanya balik la pada diri - menghafal Quran ini untuk apa dan siapa?
1. Jika menghafal sebab nak kan title hafidz/hafidzah, memang la akn jadi stress sebab perjalanan ini lama.. bukan sebulan dua. Mungkin ada yang hafal Quran selama setahun - tapi di sini saya bercakap mengenai kebanyakan orang. Bukan mereka yang special. Rata-rata hafidz/hafidzah yang saya kenal (samada secara peribadi atau secara pembacaan kisah mereka), most of them menghafal dalam jangka masa 5tahun. Itu baru proses menghafal. Proses memutqinkan hafalan pula mungkin mengambil masa another 5years. Jadi perjalanan menghafal dan mendapat hafalan yang betul-betul strong, tempoh masa nya pukul rata adalah 10tahun dan lebih. 

2. Jika dalam proses menghafal nak impress guru dan kawan-kawan sehalaqa, yang hafalan kita bagus, irama lagu bacaan dan suara kita sedap,  tajweed tiptop, ini pun akan mengundang stress yang tak kunjung padam. Lebih-lebih lagi bila Ustadza asyik nak betulkan bacaan kita. Silap hari bulan, memang boleh give-up. You will feel like this journey is not for you sebab nak sebut huruf simple macam ba, la, dan na, pun tak boleh. -- ini saya bercakap tentang kisah saya sendiri. Di mana di awal saya sertai halaqa Quran Masjid Nabawi, ini adalah correction yang perlu saya perbetulkan setiap kali tasmig di depan Ustadza. Bunyi ba, la dan na saya tebal - disebabkan pembukaan mulut yang tak betul. 

3. Jika kita menghafal untuk kononnya untuk kebaikan diri sendiri sekali pun akan menimbulkan stress. "Saya nak hafal Quran sebab kalau tak duduk menghafal saya akan buat kerja lagho yang lain". Kenapa stress walaupon niyat ni dah macam elok kan.. sebab diri sendiri yang akan rasa tertekan, terasa keterpaksaan sebab kemahuan tak selari dengan tindakan. Hati meronta nak duduk senang-lenang tapi badan pergi buka mushaf dan memaksa diri untuk menghafal. Situasi ini akan menimbulkan 2 kemungkinan - i. fake it till you make it, or worst ii. be truth to yourself, so leave it.

Jadi tidak boleh tidak, niyat menghafal adalah kerana Allah swt semata-mata - kerana ingin mencari redha Nya. Jika kita menghafal kerana Allah swt, hati akan sentiasa merasa lapang. Duduk 1jam, dapat hanya 1baris pun rasa satisfy sangat sebab kita dah mengisi masa 1jam tu dengan perkara yang Allah swt suka. Baca 1muka surat berkali-kali, malah berpuluh kali sekalipun, dan masih tak lancar, hati akan rasa lapang sebab kita tahu we have gain lots of rewards and mungkin juga itu bertujuan untuk membasuh dosa-dosa kita yang lampau. Memang akan ada rasa stress jugak, tak tipu. Tapi bila kita buat kerana Allah swt, stress tu tak sampai kepada level nak give up. Kita akan terus cuba juga, sebab kita tahu, Allah swt akan membantu di akhir nya. 

Dan secara am la, saya nak cakap - mana la nak dapatkan sagu, jika ruyung nya tak dipecahkan.
Hanya mereka yang special sahaja, Allah swt anugerah dengan 5min boleh hafal 1ms, baca sekali boleh ingat sampai mati, tak buka Quran berbulan-bulan tapi bila tiba bulan Ramadhan, boleh lead solat terawih.
Kalau kita jenis orang kebanyakan, memang kena berusaha. Sedangkan nak dapat ijazah dunia pun, kena pulun belajar 3tahun, bersekang-mata buat revision nak exams, dan ya, stress juga bila thesis yang ditulis kena tolak dan kena tulis sekali lagi-- ini perkara dunia.. Untuk al-Quran, perkara akhirat, saya rasa stress nya berbaloi. In shaa Allah, jika niyat kita betul kerana Allah swt.

Dan selalu juga ingat - Laa yukalifullaahu nafsan illa wus3ahaa -- Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupan nya. So bila kita berada dalam jalan menghafal Quran, di mana Allah swt telah membuka hati kita untuk menghafal Quran, maka sebenarnya kita mampu -- mampu untuk menghafal keseluruhan 30juz, 114 surah. All we need to do, is to trust Allah swt,  and just keep moving.

Untuk soalan kepada situasi kedua - berkerja full-time tapi nak menghafal Quran.
Situasi kita mungkin tak sama, sebab saya surirumah. Apa yang saya boleh syorkan ialah:
1. hafal sikit-sikit. Mungkin 1 ayat yang 3baris tu, boleh dihafal selama 3 hari secara konsisten. Rasa dah selesa dilidah, baru move on to next ayat. Bincang dengan guru yang mendengar untuk dilaksanakan cara seperti begini. 
2. Jika surah alBaqarah kelihatan sungguh menakutkan, mungkin boleh mula dari juz belakang yang mana ayat nya lebih pendek dan surah juga lebih pendek. Contoh: surah alMursalat hanya 1 1/2 muka. Tidak la sampai 45ms seperti Surah alBaqarah. Nak revision pun senang. 
3. Berdamping dengan kawan-kawan sekapal - kawan-kawan kat ofis yang mungkin ada sedang menghafal Quran juga. Ini dapat menaikkan semangat dan rasa termotivasi bila dengan dia dah habis 1/2 juz, 1j.
4. Kena la juga dapat restu dari suami dan bagitahu anak-anak yang mama nak hafal Quran. So that, they will understand when you sit and open your mushaf, diorang takkan kacau. 
5. Point yang ini saya rasa banyak saya tulis dalam post-post sebelum ini - kita kena berubah. Penghafal Quran tak sama seperti mereka yang tidak menghafal Quran. Kita kena jaga mata, telinga dan lidah dari perkara yang mungkin akan memberatkan diri kita dalam berdamping dengan Quran. Hati kena bersih. Kena selalu beristighfar dan berdoa supaya Allah memudahkan perjalanan kita dalam menghafal dan me-maintain alQuran dalam hati kita. Aamiin.

Begitulah.. serba sedikit yang dapat saya kongsikan. Semoga bermanfaat. Mana yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Maaf dipohon jika ada yang tidak betul dari saya.


Semoga Allah swt menunjukkan kita ke jalan yang benar. dan mengampuni dosa-dosa kita atas kekhilafan diri sendiri. 

آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Terima kasih kerana membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan